Saturday, December 26, 2009

MEMANG SERONOK KETIKA ..........

MEMANG SERONOK KETIKA..........Musim  cuti sekolah. Berbagai aktiviti  dapat dijalankan. Tetapi cuti menjadi kurang seronok apabila program terlalu padat seperti kenduri-kendara yang berturutan.

MEMANG SERONOK KETIKA...........Pergi bercuti. Dapatlah melihat pemandangan indah dan menarik di tempat orang. Tetapi kurang seronok bila balik bercuti badan rasa terlalu letih seperti  tidak bermaya.

MEMANG SERONOK KETIKA...........Melayari website dan blog  waktu cuti. Tetapi kurang seronok bila terbaca blog yang penuh  kata cacian dan  hinaan  dari  kalangan yang mengaku diri Islam. Mana kemurnian Islamnya?

MEMANG SERONOK KETIKA...........Mengkritik orang lain. Tetapi  lebih baik kalau diri sendiri pun sedia dikritik supaya ada keseimbangan alam. Tanpa keseimbangan kepunahan jiwa pasti berlaku.  

Kita hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. Mengakui kesilapan diri bermakna mengakui kebesaran Allah. Mengakui  kelemahan  diri bermakna mengagungkan kekuasaanNya.

2 comments:

bong said...

citera alam, seronok itu boleh melalaikan.Anak bangsa kita telah dilalaikan dgn keseronokan, sbb itu timbul berbagai masalah sosial.Keseronokan dunia juga merupakan sementara, akhirat juga yg kekal selamnya.Jgan lupa cari keseronokan utk bekalan akhirat.

Citera Alam said...

Bong , seronok yang tidak melekakan dan tidak melanggar batas agama tu tak apa , boleh buat kita bersemangat untuk membuat yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Keseronokan maksiat dan melalaikan dari mengerjakan suruhan Tuhan patut dibenteras .