Sunday, May 22, 2016

Selamat Datang Pelajar Pra U 2016

Tarikh  :  4 Mei 2016 (Rabu)
Masa   :  (9.00 - 11.00 pagi)
Tempat : Dewan Tun Suffian SMK Clifford Kuala Kangsar

Tahniah kerana dipilih oleh KPM untuk memasuki klas Pra U 2016.
Semoga anda dapat menyesuaikan diri di sini. Seterusnya bersama-sama berusaha untuk mencapai impian
ke menara gading.
Berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal jemu.
Hayati motto kita "The Ship Is More Than The Crew".

Saturday, September 6, 2014

TENTANG LUPA DAN NYANYUK

Alhamdulillah, pagi ini saya kembali menulis setelah sekian lama menyepi akibat kesibukan diri dan keluarga. Di luar, langit  cerah dan saya rasa terpanggil  untuk menulis sesuatu di dalan blog sepi ini. Kesejukan pagi ini lantaran hujan lebat yang turun pada awal pagi tadi menambah damai suasana yang segar untuk saya mencoretkan sesuatu.

Dalam usia  lanjut ini, saya selalu berfikir tentang lupa dan nyanyuk. Tidak dapat dinafikan lupa adalah fenomena biasa bagi golongan warga emas. Namun saya selalu berdoa agar ia tidak keterlaluan hingga kepada nyanyuk yang menimbulkan masalah kritikal dalam kehidupan harian terutama dalam melaksana aktiviti ibadat. 

Pagi ini saya ingin berkongsi tip mengurangkan lupa dan nyanyuk yang diambil daripada http://infosantai2.blogspot.com/2012/10/petua-agar-tidak-mudah-nyanyuk.html

1. Hidup Sihat dan Teratur - Makan makanan yang sihat dan hidup yang diimbangi dengan perencanaan.
2. Latih Minda atau Daya Fikir - Sering membaca, menulis maupun sekadar mengisi teka teki silang. Cara ini akan membantu anda untuk tidak mudah lupa atau nyanyuk.

3. Cukup Tidur - Tidur adalah istirehat yang paling baik. Pastikan tidur nyenyak.. Dengan tidur yang baik, maka akan ada pembaharuan sel-sel tubuh yang rosak.

4. Senaman - Dengan bersenam yang teratur, aliran darah ke otak akan semakin lancar. Ini akan memastikan anda sihat dan tidak mudah jadi lupa dan nyanyuk. - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2012/10/petua-agar-tidak-mudah-nyanyuk.html#sthash.I7hFGOqk.dpuf

4. Senaman - Dengan bersenam yang teratur, aliran darah ke otak akan semakin lancar. Ini akan memastikan anda sihat dan tidak mudah jadi lupa dan nyanyuk.

Saya harap dapat melaksanakan tips ini agar mendapat kesejahteraan diri dan keluarga.

1. Hidup Sihat dan Teratur - Makan makanan yang sihat dan hidup yang diimbangi dengan perencanaan. - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2012/10/petua-agar-tidak-mudah-nyanyuk.html#sthash.I7hFGOqk.dpuf
1. Hidup Sihat dan Teratur - Makan makanan yang sihat dan hidup yang diimbangi dengan perencanaan.

2. Latih Minda atau Daya Fikir - Sering membaca, menulis maupun sekadar mengisi teka teki silang. Cara ini akan membantu anda untuk tidak mudah lupa atau nyanyuk.

3. Cukup Tidur - Tidur adalah istirehat yang paling baik. Pastikan tidur nyenyak.. Dengan tidur yang baik, maka akan ada pembaharuan sel-sel tubuh yang rosak.

4. Senaman - Dengan bersenam yang teratur, aliran darah ke otak akan semakin lancar. Ini akan memastikan anda sihat dan tidak mudah jadi lupa dan nyanyuk. - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2012/10/petua-agar-tidak-mudah-nyanyuk.html#sthash.I7hFGOqk.dpuf
1. Hidup Sihat dan Teratur - Makan makanan yang sihat dan hidup yang diimbangi dengan perencanaan.

2. Latih Minda atau Daya Fikir - Sering membaca, menulis maupun sekadar mengisi teka teki silang. Cara ini akan membantu anda untuk tidak mudah lupa atau nyanyuk.

3. Cukup Tidur - Tidur adalah istirehat yang paling baik. Pastikan tidur nyenyak.. Dengan tidur yang baik, maka akan ada pembaharuan sel-sel tubuh yang rosak.

4. Senaman - Dengan bersenam yang teratur, aliran darah ke otak akan semakin lancar. Ini akan memastikan anda sihat dan tidak mudah jadi lupa dan nyanyuk. - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2012/10/petua-agar-tidak-mudah-nyanyuk.html#sthash.I7hFGOqk.dpuf

Monday, June 9, 2014

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti sekolah tiba lagi. Di sana sini  kelihatan seiisi keluarga keluar dari rumah menuju berbagai destinasi untuk merapatkan hubungan dengan berbagai aktiviti yang berguna. Saya mengambil kesempatan ini untuk merihatkan fikiran dengan menikmati alam ciptaan Tuhan. Tenang dan damai rasanya melihat keindahan sekeliling.

Selamat bercuti. Semoga semuanya dilindungiNya.

Saturday, May 17, 2014

DI LUAR JENDELA

Semasa menanti ketibaan waktu solat maghrib, inilah rupa alam di luar jendela saya. Saya rakamkan wajah alam ciptaan Tuhan ini untuk diabadikan dalam blog ini.

Tuesday, May 13, 2014

PESISIR SUNGAI KERIAN

Selepas bersarapan pagi, kami menikmati udara pagi yang segar di Pesisir Sungai Kerian. Memang mendamaikan minda apabila memandang air yang jernih disinar suria pagi. Inilah rakaman saya sempena cuti umum Wesak tahun ini.

Tuesday, April 29, 2014

...SEPERTI TONG SAMPAH

Kedudukan tong sampah di rumah adalah di tempat yang tersisih dan tersorok dari pandangan, laluan atau lintasan kita. Bila tidak sukakan seseorang atas sesuatu sebab, kita sebenarnya telah membuat kesilapan besar apabila membuatnya seperti tong sampah. Segala perkara buruk, busuk atau negatif dilonggokkan di dalamnya sebelum diusir keluar. Cara dilonggokpun boleh jadi kasar seperti di baling, dilontar, dihenyak dan sebagainya.

Manusia bukanlah sama seperti objek yang tidak bernyawa. Semua dijadikan oleh Allah dengan akal serta naluri yang berbagai. Dalam diri setiap individu, bukannya semua unsur dirinya merupakan kejahatan. Tentu ada sesuatu kebaikan padanya. Kalau kita tidak nampak kebaikan tersebut, yang silap adalah kita, bukannya dia. Kalau dia membuat satu kesilapan, sangat tidak adil untuk kita menghukum bersalah ke atas seluruh dirinya, apatah lagi mensisihnya dari kehidupan kita.

Terjadi juga kesilapan apabila kita membuat andaian yang tidak tepat atau salah sangka mengenai kesilapan seseorang.  Lain yang terjadi, lain pula kesimpulan yang dibuat, apatah lagi jika dihebahkan kepada orang lain atau seluruh dunia. Kita telah melakukan penganiayaan kepadanya akibat salah sangka tersebut serta memfitnanya kerana  menyebar hal yang tidak betul.

Memohon maaf dan memberi kemaafan adalah perkara sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika kedudukan diri yang tinggi dalam masyarakat, tetapi andai ini dapat dilakukan, kita sebenarnya telah mengubat satu penyakit jiwa iaitu hati kerana dialah punca segala perkara. Bila hati diubati, tidak akan timbul gejala menjadikan orang lain seperti tong sampah...melonggok segala perkara buruk dan busuk untuk diusir.

Monday, April 21, 2014

KOLEKSI MINGGU INI

 SERONOKNYA...
 
Terima kasih Yana. Kalau ada lagi buku dan baki voucher buku tu, ingat kat mak ya.

Saturday, April 19, 2014

HARI YANG CERAH

JEJAK PERJALANAN
KUALA KANGSAR - KUALA LUMPUR - KUALA KANGSAR