http://kapalterbang.blogdrive.com/
Secara umumnya, kapal terbang merupakan sebuah pesawat terbang yang terbang menggunakan sayap. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor. Sebelum kita mengkaji prinsip penerbangan dengan lebih mendalam, kita perlulah mengenal beberapa komponen utama yang terdapat pada sesebuah kapal terbang seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.
Komponen / Komponen
Fiuslaj (Fuselage)
-Rangka    bagi menetapkan bentuk kapal terbang. 
-Tempat    mengisi penumpang, bagasi, kargo, peralatan penerbangan,  bahan api dan sebagainya.
Sayap (Wing)  
-Menghasilkan    daya angkat yang diperlukan untuk terbang. 
-Tangki    simpanan bahan api.
Kokpit (Cockpit) 
-Tempat juruterbang mengendalikan kapal terbang. -Terdapat peralatan-peralatan elektronik (avionik) yang digunakan oleh juruterbang sewaktu penerbangan.
Enjin (Engine)
-Menghasilkan    daya tujah yang menggerakkan kapal terbang ke hadapan.
-Tempat juruterbang mengendalikan kapal terbang. -Terdapat peralatan-peralatan elektronik (avionik) yang digunakan oleh juruterbang sewaktu penerbangan.
Enjin (Engine)
Penstabil Menegak (Vertical    Stabilizer)
-Menstabilkan    pesawat terbang pada paksi menegak.Penstabil Mengufuk (Horizontal Stabilizer)
-Menstabilkan    pesawat terbang pada paksi mengufuk.
Gear Pendaratan (Landing Gear) 
-Roda ketika berada di darat.
-Struktur yang menampung keseluruhan berat kapal terbang.
-Roda ketika berada di darat.
-Struktur yang menampung keseluruhan berat kapal terbang.
Radar (Radar)
-Menentukan lokasi dan arah penerbangan.
-Menentukan lokasi dan arah penerbangan.
Lampu Navigasi (Navigation Light)
-Mengelakkan perlanggaran.
-Mengelakkan perlanggaran.
Permukaan Kawalan Pesawat Terbang        
Permukaan kawalan (control surface)  merupakan kompoen-komponen yang berfungsi untuk  mengawal olah gerak  (manouver) sesebuah kapal terbang. Terdapat lima permukaan  yang biasa  didapati iaitu aileron, kemudi (rudder),  penaik (elevator), kepak (flap) dan trim tab.
Aileron
                                                Gambar: Aileron di kedua-dua belah sayap kapal terbang
Aileron merupakan kompnen yang berfungsi untuk  mengawal pergerakan berputar (rolling).  Aileron terletak pada kedua-dua belah sayap dan pergerakannya dikawal oleh kayu  kawalan (control stick).  Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke kanan, aileron sebelah  kanan akan naik dan aileron sebelah kiri pula akan turun. Ini  menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kanan. Begitu juga sebaliknya,  jika kayu kawalan ditolak ke kiri, aileron sebelah kiri kiri akan naik  manakala aileron sebelah kanan pula akan turun. Ini menyebabkan kapal  terbang mengoleng ke kiri.
Kemudi
Kemudi  merupakan komponen yang berfungsi untuk  mengawal pergerakan merewang  (yawing). Kemudi terletak pada bahagian penstabil  menegak dan  pergerakkannya dikawal oleh pedal yang terletak di bawah kaki   juruterbang. Apabila kapal terbang ingin direwang ke kanan, juruterbang  akan  memijak pedal di sebelah kanan dan serentak dengan itu, kemudi  akan bergerak ke  kanan. Begitulah sebaliknya. Apabila kapal terbang  ingin direwangkan ke kiri,  juruterbang akan memijak pedal di sebelah  kiri dan mengakibatkan kemudi  bergerak ke kiri. Biasanya, untuk  membelok, gabungan pergerakan rewang dan  putar dilakukan serentak. Oleh  itu, juruterbang perlu mengawal secara serentak  kedua-dua kayu kawalan  dan pedal mengikut arah belokan yang diinginkan.
Penaik
Penaik  merupakan komponen yang berfungsi untuk  mengawal pergerakan mendongak  (pitching). Penaik terletak pada kedua-dua belah  penstabil mengufuk dan  pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan. Apabila  juruterbang menolak  kayu kawalan ke hadapan, penaik akan turun dan  mengakibatkan muncung  kapal terbang terturun ke bawah. Sebaliknya, jika kayu  kawalan ditarik  ke belakang, penaik akan naik dan muncung kapal terbang akan  terdongak  ke atas.
Gambar: Penaik yang terletak pada penstabil mengufuk
Gambar: Pengerakan dongakan yang disebabkan oleh penaik
Kepak
Kepak  ialah satu kepingan "sayap" kecil yang  diengselkan di bahagian pinggir  belakang dan pinggir hadapan sayap. Kepak yang  diletakkan di pinggir  belakang dikenali sebagai flap manakala yang di bahagian pinggir hadapan pula dikenali  sebagai slat.  Fungsi kepak bukan  untuk mengawal arah pergerakan kapal terbang tetapi  merupakan alat untuk  menghasilkan daya angkat tambahan yang diperlukan  ketika perlepasan dan  pendaratan. Dengan menambahkan luas permukaan  dan kamber sayap, daya angkat  juga dapat ditingkatkan.
Daya angkat tambahan diperlukan ketika berlepas di landasan yang pendek kerana kapal terbang perlu berada di udara walaupun kelajuan perlepasan masih belum mencukupi. Jika tidak, kapal terbang tersebut mungkin akan terkeluar dari landasan dan terbabas. Ketika pendaratan pula, kapal terbang perlu menghampiri landasan pada kelajuan yang rendah, dan ini akan mengurangkan daya angkat. Maka daya angkat tambahan diperlukan. Jika kapal terbang mendarat dalam keadaan yang sangat laju, impaknya boleh merosakkan gear pendaratan dan kapal terbang akan terhempas.
Penurunan  kepak boleh dilaraskan bergantung kepada  kelajuan penerbangan yang  dikehendaki. Sesetengah kapal terbang jet yang besar  (contohnya Boeing  747) boleh menurunkan kepaknya sehingga 30 darjah bagi  menghasilkan  daya angkat yang besar sewaktu pendaratan.
Berikut adalah beberapa jenis flap dan slat yang banyak  digunakan pada kapal terbang pada hari ini.
- Kueger flap - terdapat pada pinggir hadapan sayap
- Plain flap - dipangsi pada satu engsel mudah
- Split flap - terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian bawah berfungsi seperti plain flap manakala bahagian atas tidak bergerak.
- Fowler flap - menggelungsur ke belakang sebelum turun ke bawah
- Slotted flap - terdiri daripada beberapa slot
- Blown flap - meniup udara yang keluar dari enjin ke atas sayap dan sekali gus meningkatkan daya angkat
Trim  Tab
Trim  tab merupakan permukaan kawalan yang biasanya  terdapat pada kapal  terbang yang besar dan selaluya diletakkan pada pengangkat  dan kemudi.  Pada kapal terbang yang besar, daya yang bertindak pada pengangkat  dan  kemudi juga besar. Ini menyebabkan kayu kawalan menjadi lebih berat dan   susah untuk digerakkan. Juruterbang memerlukan tenaga yang lebih untuk  mengawal  kayu kawalan tersebut. Dengan adanya trim tab, daya yang besar  itu tadi  dipindahkan kepada trim tab dan tiada lagi daya pada  pengangkat dan kemudi.  Oleh itu, juruterbang seolah-olah tidak merasa  sebarang daya pada kayu kawalan  dan boleh melakukan olah gerak dengan  mudah. 





 
 
No comments:
Post a Comment