Friday, November 5, 2010

Loji tenaga nuklear pertama negara - 2021

Loji tenaga nuklear pertama negara dijangka memulakan operasi pada 2021, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Beliau berkata kementeriannya diberi kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yangs sesuai untuk loji berkenaan.

"Apabila tapak telah dikenal pasti, kami akan memulakan perundingan dengan mereka yang berkepentingan," kata beliau kepada pemberita selepas satu persidangan di Kuala Lumpur hari ini.Chin yang enggan menyatakan lokasi tapak yang mungkin dibina loji tersebut dan jumlah kuasa yang akan dikeluarkan, berkata loji nuklear itu perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi.Beliau berkata jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dan 70 tahun."Pembinaan keperluan loji pertama memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Kita perlu melihat aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasi," katanya.



Keputusan akhir mengenai sama ada loji itu akandibinaadalah tertakluk kepada Agensi Tenaga Atom antarabangsa, kata Chin dan menambah bahawa penyedia teknologi adalah dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.Chin berkata loji nuklear diperlukan bagi memenuhi peningkatan permintaan negara untuk tenaga disebabkan oleh perindustrian dan bagi memastikan jaminan tenaga."Kita perlu melihat kepada jaminan tenaga. Tidak ada negara yang boleh maju tanpa tenaga, tiada keluaran dalam negara kasar boleh berkembang tanpa tenaga.


"Tenaga nuklear merupakan satu-satunya opsyen berdaya maju ke arah keperluan tenaga jangka panjang. Campuran generasi tenaga kita agak tidak kurang memuaskan pada masa ini kerana kita menggunakan terlalu banyak gas dan arang batu," katanya.

Semasa ditanya mengenai kos loji tenaga nuklear itu, Chin berkata: "Ia merupakan projek yang agak mahal tetapi kita tidak mempunyai pilihan. Daripada membina lebih banyak loji kuasa arang batu atau gas yang akan menelan belanja lebih lagi di masa depan."

Chin berkata negara memerlukan 20 peratus rizab tenaga, dan menambah bahawa penggunaan tenaga semasa ialah 14,000 megawatt dan mempunyai kapasiti 23,000 megawatt.

- Bernama

No comments: