Friday, November 26, 2010

Mekanik Kuantum Menemukan Sufi

Oleh Dr. Shahidan Radiman 
http://ummahonline.wordpress.com/2006/02/05/mekanik-kuantum-menemukan-sufi/

Masa dan Anak Panah Masa
Masa merupakan faktor penting dalam kehidupan manusia. Operator songsangan masa menjadi faktor penting dalam Teorem CPT (konjugasi casa x pariti x songsangan masa) malah melahirkan konsep keseimbangan terperinci (detailed balance) dalam semua tindakbalas fizik. 

Namun, hari ini, ramai ahli fizik masih menganggap bahawa masa itu masih misteri. Contohnya masa khayal (imaginary time) digunakan dalam pengiraan banyak masalah. Mekanik kuantum sehingga menghasilkan kebarangkalian negatif (yang hanya diterima oleh Feynman dan beberapa ahli fizik teori sahaja).
Oleh itu, ada percubaan yang bersungguh-sungguh dari beberapa kumpulan ahli fizik teori yang tidak mengistimewakan masa dalam pengiraan. Masa dianggap sebagai salah stu dimensi ruang tambahan. 

Bagi ahli sufi yang memiliki kekeramatan, mereka sudah mencapai apa yang sangan diangankan oleh ahli sains fiksi Barat, iaitu perjalanan masa (time travel), sama ada pada zaman dulu atau zaman akan datang.
Kononnya, ini boleh dilakukan melalui sesuatu lubang cacing (wormhole) yang mengaitkan satu alam semesta sekarang (katakan lubang putih [white hole]) dengan satu alam semesta akan datang (katakan lubang hitam [ black hole]). Malah, dalam penemuan teori terkini, lubang cacing ini tidak diperlukan lagi jika teleportasi (quantum teleportation) boleh dibuktikan boleh berlaku.

Kesimpulan
Jelas, bahawa terdapat beberapa kesepadanan di antara ilmu yang diterokai oleh ahli fizik moden, iaitu mekanik kuantum, dengan ilmu yang diterokai oleh ahli sufi Islam. Ini disebabkan di peringkat metafizik, tujuan sebenar kedua-dua kumpulan itu ialah untuk mengenal dan menghuraikan hakikakat Realiti. Dan, di sebalik Realiti itu ialah Rabb (Tuhan) itu sendiri.

Rujukan:
1. M. Lachiere-Rey dan J.P. Luminet, 1995. Cosmic Topology, Physics Report Vol. 254 no. 3.
2. 1998. Annalen der Physik (Leipzig) Vol. 7 no 7-8 bertemakan Fizik Tachyon dan Isyarat Superluminal. Lihat juga, R.Y Chiao dan A.M. Steinberg, 1997. Tunneling Times and Superluminality dalam Progress in Optics (Editor, E. Wolf), North Holland (Amsterdam).
3. L. Tisza, 199. Unreasonable and Reasonable ini Quantum Mechanics, Foundation of Physics Vol. 29 no. 3, 491-509.

Nota: Dr. Shahidan Radiman merupakan professor di Jabatan Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, beliau sebelum pernah diwawancarai menerusi Kita berada pada sempadan sains!. Kajian beliau ketika ini banyak menjurus kepada penyelidikan dalam nanoteknologi dan biofizik. 

No comments: