Monday, December 7, 2009

LANGKAWI 2009 (3)

CATATAN (3) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
PAMERAN UDARA LIMA   
Sebaik pintu masuk ke lapangan terbang dibuka kepada orang awam , pameran udara dimulakan . Satu demi satu pesawat beraksi di udara . Bunyi yang agak kuat memang memekakkan telinga . Saya sempat menyaksi aksi TUDM , Air force dari Australia dan Singapura .

 Pesawat TUDM ini baru sahaja  mendarat selepas beraksi di udara
 
 Yang ini pula bersiap sedia menunggu giliran untuk ke udara
 
 Petugas-petugas bekerja dalam suasana sepasukan yang mantap
 
 Petugas-petugas ini baharu sahaja melepaskan sebuah pesawat ke udara
 
 Sebuah pesawat  mula memanaskan enjinnya (kanan)
 
 Mereka sedang menunggu sebuah lagi  pesawat pasukannya mendarat
 
 Pesawat maritime ini adalah yang paling besar . Semasa  beraksi  ia menyembur air dari udara
  
 Pesawat Air Force Australia bersiap untuk ke udara . Semasa di udara ia mengeluarkan api dari bahagian belakangnya .Pesawat inilah yang paling banyak mengeluarkan asap semasa berlepas
 
Pameran udara sedang berlangsung
Semasa berlangsungnya aksi udara ini , Menteri Pertahanan , Datuk Zahid Hamidi turun padang bersama kami di lokasi diiringi oleh pegawai tertinggi dari pasukan angkatan tentera . Kami sekeluarga sempat bersalaman dengannya .

No comments: