Tuesday, December 1, 2009

TERINGAT.......

Suatu ketika , kami  menerima bos baru . Bos baru biasanya akan membuat pembaharuan untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi . Untuk memulakannya , dia memanggil kami untuk bersuai kenal .

Saya dapati orangnya kacak dan bertubuh kecil . Dari pergerakannya yang lincah  saya yakin dia adalah seorang yang menjaga kesihatan badannya  dengan bersukan dan berdiet . Suaranya bertenaga  serta  jelas .

Semasa  memperkenalkan diri dia memberitahu umurnya sudah  setengah abad . Katanya " Saya mahu anda mengikut  cara saya . Ibaratnya  kalau dulu makan buah rambutan  , tetapi sekarang kenalah makan buah durian pula " .

Tanpa ciri laser  serta meninggi diri ,  kami  rasa  positif   menerimanya . Durian pun durianlah sebab durian pun  makanan  juga . Yang penting dia adalah profesional dan bukan jenis melaser .

Ketika latihan dalaman  yang dikendalikannya , dia menasihatkan kami  supaya menjaga kesihatan . Katanya "Berat badan  berlebihan ibarat  memikul beban  . Kita kekurangan  penampilan diri walau pakaian berjenama . Dengan  kesihatan yang baik , kita  tetap anggun walaupun pakaian tidak berjenama " .

Kini umur saya pula menghampiri setengah abad dan mengakui kebenarn nasihatnya .Saya akan berusaha mengikutinya . Saya akui  kesihatan yang  baik dan komited kepada pegangan agama boleh menjaga diri daripada berfikiran negatif seperti  riak dan takbur  .

2 comments:

Kembara Kelana said...

kau tu pun dah sampailah masanya jadi pengetua mah...supaya kau dapat membimbing cikgu2 pulak..

Citera Alam said...

Sop , tract saya dah menyimpang dari situ bila memilih opsyen ting 6 , tapi saya tetap struggle utk 52 juga .