Monday, December 7, 2009

LANGKAWI 2009 (9)

CATATAN (9) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
AKSI PASUKAN  TENTERA UDARA SINGAPURA SELEPAS MENDARAT
Saya sempat menyaksikan pertunjukan udara  Tentera Udara Singapura . Mereka menggandingkan kapalterbang pejuang dengan helikopternya . Sebaik mendarat , helikopternya  bergerak dan bertapak berhampiran  kami di pagar sini . Dapatlah saya menyaksikan tugasan mereka secara dekat .

 Helikopter yang mendarat ini bergerak ke arah kami . Habuk berterbangan semasa kipasnya masih berpusing .
 
 Petugasnya di  lapangan bersiap  sedia untuk membantu
 
 Sebaik berhenti , dua orang  juruterbangnya keluar dari tempat duduknya . Petugas membantu memasukkan topi dan barangan  juruterbang ke dalam sebuah beg .
Setelah selesai kedua-dua juruterbang datang ke arah pengunjung awam di tepi pagar
 Pengunjung bertepuk tangan tanda ucapan tahniah dan terima kasih atas persembahan di udara tadi .
 
 Mereka bersalaman dengan pengunjung LIMA di tepi pagar sini
 
Cenderamata berupa pelekat pasukan mereka di hadiahkan kepada pengunjung .

No comments: