Sunday, August 9, 2009

BILA KASIH BERALIH ARAH.....

Terkedu saya bila terbaca sebuah kisah rumah tangga sepasang suami-isteri memasuki usia emas dalam suratkhabar hari ini. Suami mula berubah ; balik lewat malam, kurang bercakap dengan isteri , tidak hiraukan isteri. Isteri setia menanti setiap hari serta dilayannya suami dengan baik seperti biasa . Anak-anak yang telah dewasa menyedari hal ini lalu menyiasat. 

Hasil siasatan mendapati ayah mereka sudah ada wanita lain yang mereka lihat sendiri sedang membeli-belah dengan ayah mereka. Ketika itu isteri diberitahu bahawa dia "outstation". Mereka bersemuka. Si ayah mengamuk, tetapi mengakui hal tersebut lalu jarang balik ke rumah. Mereka akhirnya berkahwin. 

Isteri pertama kecewa tetapi demi sayangkan suami dia sabar malangnya dia diceraikan tanpa alasan yang diberi. Namun anak-anak hilang sabar bila mendapat tahu ibunya difitnah dengan pelbagai cerita negatif yang palsu. Anak-anak bersemuka lagi dengan ayah mereka untuk menyelamatkan rumahtangga tetapi si ayah berkeras dengan keputusan tersebut. Maka berakhirlah sebuah kesetiaan yang dibalas dengan racun yang perit. 

Soal suami kawin lagi bukan masalah bagi wanita itu tetapi memfitnah dirinya semata-mata untuk memikat wanita lain adalah perkara "terlampau" yang menghiris hatinya. Sayapun pelik bagaimana boleh timbul hal-hal negatif semata-mata untuk berkahwin lagi dalam usia hampir senja seorang suami? 

Bagi wanita teraniaya, bersabarlah dan redhalah apa yang terjadi. Carilah kebahagiaan hati sendiri bila kasih telah beralih arah. Usah dirayu pada yang tak sudi lagi. Ada banyak hikmah di sebalik apa yang terjadi. Anda beruntung sebab anak-anak telah dewasa untukberkongsi kasih dan menyayangi. Si suami, biarkanlah.  Mungkin dia terlupa bahawa dia boleh jadi terpaksa membancuh susu serta menghantar anak ke tadika dalam usia pencennya nanti.

5 comments:

Kembara Kelana said...

macam macam mah, macam macam

Kembara Kelana said...

hantar anak ke sekolah sempat pulak dia ngorat cikgu kat sekolah tu..jangan beri dia hantar anak kat sekolah mah

mohdkhirmatnor said...

Mah, kalau dah nama manusia begitulah. Aku pesan pada diri aku supaya sentisa setia dan cinta pd yang dah ada.
Pinpin siap tu... cucu ya. Bukan ! anak!..
Dah tua masa nak berehat. Kalau boleh cucu pun malas nak bela.

NoRT said...

hahahahah...entry best ni akak...tua2 org antar cucu p skolah...dia antar anak lak...

Citera Alam said...

Sop,
cakap awak tu betul jugak . Biarlah dia , asalkan dia bahagia....

Khir,
Nak pimpin sapa-sapa tu tak kisahlah , tapi larat ke ? Usia pencen sepatutnya berihat dan ke mesjid .

Adik NoRT,
Sebelum jadi , fikir-fikir dulu . Jangan main syok bercinta saja dengan pucuk muda .