Tuesday, August 4, 2009

POLIGAMI....TAK POLIGAMI....

Saya tergelak mendengar cerita teman di Bilik Guru siang tadi. Ceritanya begini. Ada seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Bila mendapat tahu tentang hari perkahwinan tersebut, isteri pertamapun hadir memberi sokongan.

Selepas itu isteri pertama berjumpa tok imam minta bercerai daripada suaminya. Alasannya bukan kerana suaminya berkahwin seorang lagi tetapi di dalam borang bernikah, suaminya tulis statusnya sebagai duda kerana isteri pertama meninggal dunia. Dia tidak dapat menerima hakikat pembohongan suaminya yang mengatakan dirinya telah mati. 

Itulah kisah wanita yang boleh terima poligami tetapi tidak jadi berpoligami kerana pembohongan suaminya yang "terlampau. Isteri pertama yang masih hidup dikatakan sudah mati. Inilah akibat membuat sesuatu tindakan tidak berfikir panjang. Islam tidak suruh berbohong. Sesuatu yang dimulakan dengan pembohongan memang akan menghadapi masalah. 

Pengajaran cerita ini ialah buatlah sesuatu berlandaskan kebenaran dari sudut agama dan moral. Isteri menentang poligami kerana ia tidak dilaksanakan dengan jujur dan betul. Semoga seorang lelaki yang bernama suami kenalah hargai isteri pertama, jangan anggap ia telah mati. Itulah adanya.....

2 comments:

Kembara Kelana said...

bab poligami ni memang sensasi...aku ada banyak koleksinya, dan menarik sempanjang masa...evergreen

Citera Alam said...

Yang saya faham , hukum tetap hukum . Tetapi sebagai penganut Islam , kita tidak boleh permainkan hukum atas nama peribadi . Banyak salahnya dan tak berkatpun .....