Tuesday, October 20, 2009

DARI KERANA WANG......

Kerana  banyak wang nama seseorang itu sering menjadi sebutan . Apa tidaknya , berbagai harapan diletakkan pada dirinya ; belanja makan , tengok wayang , beli hadiah , melancong dan sebagainya .

Kerana wang juga , seorang anak teruna  menjadi pujaan ramai . Dia menjadi buruan wanita supaya dijadikan teman hidup . Berbagai cara dilakukan untuk memikatnya . 

Dari kerana wang juga seorang yang tidak ada rupa boleh disukai ramai . Ketika itu musuh pun boleh menjadikannya kawan . Katanya "aku suka poketnya , soal rupa tolak tepi " 

Terjadi juga si gadis menolaknya cinta sang teruna yang mempunyai banyak wang . Alasannya , hatinya tidak tenteram kerana teruna itu menjadi rebutan ramai gadis lain . Baginya " Wang bukan segala-galanya  " kerana dia pun ada wang juga walaupun tidak banyak  . Gadis itu ada mata hati yang terang .

6 comments:

bong said...

Kalau semua gadis mempunyai mata hati yang sama berpendirian seperti yang dikatakan aku rasa dunia ini akan jadi syurga.
Hari ni aku melayari awal blog kerana malam ini aku nak keluar dengan Bos.Biasanya balik seawal jam 12.

Citera Alam said...

Amboi , Bong dgn boss . Kamcingnya . Jangan lupa jalan balik rumah , yer !

fati said...

Ada orang yang banyak wang fikir semua orang mesti ikut cakap dia, nak buat apa-apa kena tanya dia dulu, orang mesti respek dia tapi dia tak perlu respek orang.....
Imah rasa apa yang perlu kita buat dengan orang yang sebegini?

Citera Alam said...

Tie , yg tu susah nak cakap . Ignore ajerlah kalau kita tak ada urusan dgnnya , biar dia tau nilai wang yang sebenarnya . Jgn usik wangnya walau satu sen . Jgn minta apa2 drpnya . Biar kita tak ada apa2 drp meminta drpd org sptnya . Kita kena tunjuk kita tak laparkan wangnya . Kalau ramai2 buat begitu , tentu dia sedar diri .

Kembara Kelana said...

imah
kau ni brutal jugak ye...dalam lembut lembut kau ...tapi ada betul dalam makna yang imah cuba sampaikan tu fatie...
fatie
kau kena ikat perotlah sikit...dan bawak tisu nak lap air liur ..jangan bagi meleleh..sebab wang ni power dia lain macam sikit

Citera Alam said...

Brutal yer ? Tapi tak mencederakan sesiapa , kan ! Yang itu tak salah . Tak siapa yang boleh menghalang perang psikologi .