Thursday, October 29, 2009

TENUNG-TENUNG , RENUNG-RENUNG

Semua guru adalah guru disiplin , Pelanggaran disiplin perlu diperbetulkan . Jika  tidak , pelajar boleh menjadi individu yang sumbang dan boleh disisihkan  oleh anggota masyarakatnya kelak .

Bukan mudah untuk menegur kesilapan pelajar seperti  pemakaian uniform sekolah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ; atau keluar rehat awal dan sebagainya . Ini ditambah lagi mood guru kurang baik .

Tenung-tenung dan renung-renung mereka dari jauh boleh digunakan untuk mengawal keadaan jika kumpulannya  kecil . Ketika itu dia akan merasa sesuatu tidak kena , lalu membetulkan apa yang patut .

Ini tidak sesuai jika pelajar tidak reti bahasa . Kita kena faham ini bergantung kepada didikan di rumah . Jika ibubapa prihatin , mereka mudah merasanya dan guru mudah memperbetulkannya  . 

Prihatinlah terhadap anak-anak . Mereka adalah harta kita yang amat berharga .

2 comments:

Kembara Kelana said...

mah..kenduri rumah fati kau datang tak? aku insya allah datang satu family...

Citera Alam said...

Sop , cadangnya nak datang kalau tiada aral melintang pada saat akhir .