Saturday, October 17, 2009

HIDUP KITA …….

JANGAN SEPERTI…..Lilin
Ia menerangi kelam hanya sementara waktu .. Akhirnya ia cair dan tiada lagi cahaya seterusnya untuk kita . Maka bergelap-gelitalah kita tanpanya .

JANGAN SEPERTI…..Lalang nan sehelai
Bila ditiup angin , ia condong . Kalau angin dari barat , ke timurlah condongnya . Kalau angin dari utara , ke selatanlah condongnya . Bagaimana kita mahu berpaut padanya kerana kecondongan ini boleh membawa rebah .

JANGAN SEPERTI…..Ayam betina
Bila bertelur sebiji riuh sekampung bunyi ketukan . Bingit telinga dibuatnya . Kita tidak boleh harapkan telur nan sebiji ini untuk dimakan kalau ahli kita ramai .

Hidup kita ini jadilah apa sahaja yang baik-baik ; menggunakan ilmu dan akal dalam tindakan ; bukan emosi menjadi sandaran ; tetapi iman menjadi pegangan .

4 comments:

Kembara Kelana said...

Jangan Suka Mendedah Tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia Terhadap Pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

macam macam mah

mohd tumiran said...

...aku rela jadi lilin, berkorban berguna bebakti utk bangsa dan mnsia ...

...aku rela jadi lalang, lasak dan kental bertahan walau dipijak ditebas dan diracun mnsia yg haloba ...

...aku berbangga jadi ibu ayam, bertelur, mengeram dan mencari rezeki utk anak-anak dgn kasih sayang...

Ya Allah sungguh hebat dan indah ciptaan MU...

Citera Alam said...

Huyoo Usop , macam sifu Sastera jangkauannya . Syabas Sop .

Tumiran,kalau jadi lilin nanti biarlah awak cair sorang2 yer ! Ramai orang tak nak cair . Lalang nan sehelai tu pulak , kalau rebah macam mana ?

mohd tumiran said...

Aku rela cair spt Hassan AlBana ...ilmu dan baktinya menerangi Ummah tapi jasad syahid d tali gantung... Aku rela cair spt Sallahuddin Al Ayyubi,korbankan seluruh hidup bebaskan kota suci dan AlAqsa dari Kuffur laknatullah, tinggalkan kemewahan dunia yg sementara ... Aku rela cair spt spt Sultan Mohamad Al Fatih tumbangkan konstantinople dari Roman durjana ... "Ya Allah hidup dan mati ku kerana Mu jua...memburu keredhaan dan syurga Mu... "
Lalang yg sehelai itu blum ku temui,hidupnya berumpun, rizomnya menyelirat kukuh di dasar ... Sahabat2ku fahamilah!
Betapa hebat ciptaan Allah dsbalek kerdilnya kita... wslm