Friday, January 30, 2009

MUSIM BUNGA TIBA LAGI

Daisy merah sedang mekar
Daisy kuning yang dah lama mekarnya
Daisy kuning yang sedang berputik 
Setiap tahun didapati pokok bunga daisy yang saya tanam di dalam pasu di depan rumah akan berbunga menjelang Tahun Baru Cina . Begitu juga bunga lain yang seumpamanya yang telah pupus dari koleksi di rumah . Saya pun terfikir agaknya musim bunga bagi pokok daisy adalah mengikut kalendar orang Cina ataupun ketika itu cuaca ( haba dan cahaya ) sangat optimum bagi pembungaan pokok tersebut . Itulah kuasa Tuhan , sungguh tepat putarannya dan sungguh istimewa kejadianNya . Saya cuma perhatikan sahaja sebab ia berada di depan mata . Saya sedang mencari formula bagi pokok oked untuk berbunga . Oked yang saya tanam sangat liat untuk berbunga . Oked yang berbunga cuma yang bunganya kecil-kecil sahaja . Ketika pulang dari sekolah dan melalui kawasan perumahan di pinggir pekan , saya dapati pokok oked di rumah yang saya lalui berbunga dengan cantik dan suburnya . Pokok oked tersebut agak tinggi dan kawasan persekitarannya banyak pokok tinggi . Pokok oked di rumah saya masih rendah dan kawasan sekitar rumah saya tiada pokok tinggi . Saya kena sabar menunggu pokok oked saya tinggi . Tapi bagaimana faktor pokok tinggi itu ? saya sedang memikirkannya . Rumah kecil dan kawasan sempit yang saya miliki mempunyai kurang peluang untuk hal tersebut , tetapi saya akan cuba fikirkannya lagi . Saya tidak begitu percaya dengan baja di pasaran sebab tidak berkesan . Saya yakin dengan faktor persekitaran untuk pembungaan . Saya tidak mahir dalam tanaman bunga tetapi saya berminat menanamnya dalam mengisi ruang masa yang ada . Selain itu saya gunakan minat ini untuk terapi mata dan fikiran . Bila melihat kehijauan dan warna-warna ceria pokok-pokok bunga , lapang fikiran dibuatnya . Lupa seketika tentang urusan kerja .

4 comments:

fati said...

Fati juga peminat pokok bunga. Semasa di JB dulu saya ada banyak pokok oked, macam2 jenis, ada yg murah dan ada yg mahal, ada oked hutan dan oked biasa. Mak fati pun minatnya sama, fati banyak belajar dari dia cara jaga oked. Bila pindah Tg Malim, pokok oked tu semua terpaksa serah kat mak kerana dah tak muat lori nak bawa pindah sekali.Sekarang ni baru nak mula balik, baru ada satu dua jenis je.
Menurut mak, selalulah siram dgn air ikan (lepas siang ikan tu).Musim hujan jgn tabur baja tahi kambing nnt banyak ulat.Oked yg tak tahan panas, letak di tempat yg teduh.Oked yang batangnya panjang2 tu tahan panas. Ada juga baja2 di nursery pokok yg bagus, saya cuba yg di Tg Malim, nampaknya positif...

citra alam said...

Tie , terima kasih banyak sebab beri panduan . Saya akan cuba lagi .

fati said...

Terlupalah Imah, ada lagi yg tertinggal, air beras, bila basuh beras nak tanak nasi, air basuhannya campurkan dgn air ikan tu, tapis dan siram lah kat pokok oked tu...insya Allah berbunga. Kalau ada semut , beli je ubat semut di nursery. Selamat mencuba.

citra alam said...

Air beras tu ok jugak , tapi air ikan tu tak busuk ke ? Anyway , I'll try my best . Terima kasih banyaklah ya !