Sunday, January 18, 2009

Dilema Ibubapa

Semasa anak-anak meningkat remaja ibubapa selalu khuatir tentang mereka . Kalau diberi perhatian penuh , mereka kata ibubapa mengongkong . Kalau dibiarkan , bimbang pula tersilap langkah . Walau bagaimanapun , mereka adalah tanggungjawab penuh ibubapa . Pernah terjadi remaja terbercinta dengan teman lelaki di sekolahnya . Akibat bimbang terjadinya hubungan yang terlarang , ibubapa menukarkannya ke sekolah lain yang jauh supaya hubungan terputus . Ibubapa memang sudah tidak bimbang lagi , tetapi anaknya memberontak , sentiasa buat perkara yang memeningkan kepala . Dia buat masalah di sekolah baru . 

Masalah tidak selesai juga . Susah dibuatnya . Bagi mengekang kemungkinan ini , saya berusaha untuk sentiasa bersama anak-anak . Suami akan menghantar dan menjemput pergi dan pulang sekolah . Saya jadikan mereka sebagai kawan . Kami pergi membeli-belah bersama . Jika keluar rumah kami akan keluar bersama-sama . Kami tidak melarang mereka berkawan tetapi biarlah aktivitinya betul sebagai pelajar . Bila ada cuti panjang kami pergi bercuti bersama . Kami akan menasihati mereka supaya sentiasa beringat dan tidak mengabaikan pelajaran . Saya rasa dengan cara bertukar-tukar fikiran , kita boleh menyelami hati dan fikiran mereka . Segala masalah yang timbul perlu diceritakan kepada ibubapa . Jelas sekali pendapat mereka tidak sama dengan pendapat orang tua . Mereka mengambil mudah tentang kehidupan ini . Jadi , mereka perlu dibimbing selalu . Letih juga membimbing mereka sebab terdapat perbezaan pandangan dan pendapat . Apa yang penting ialah kami mahu mereka berjaya melayari kehidupan di dunia dan diredhai Allah supaya sejahtera kehidupan di akhirat . Sebagai manusia , kita hanya boleh merancang dan berusaha . Allah penentu segalanya .

4 comments:

Cikgu Nort said...

layan anak macam kawan leh elakkan diaorg berahsia dgn kita.. keterbukaan diaorg akan lebih terbuka dgn kita...

farahiyah said...

Sebagai seorang anak, walaupun saya rapat dengan parent tapi ada perkara2 tertentu yang saya tak akan bagitahu parents. terutamanya dalam bab2 cinta. kalau bagitahupun, cuma 10% je. Yang lainnya lebih senang diceritakan pada kawan2. So, parent kena tahu siapa kawan anak2 mereka. supaya kawan2 mereka tu dapat memberi idea/nasihat yang baik dan tak membawa ke gejala yang songsang.

Citera Alam said...

Pendapat Zamrud memang betul . Ibubapa juga perlu kenal dan berkawan dengan kawan anak-anaknya untuk tujuan tersebut serta tujuan-tujuan yang lainnya .

Citera Alam said...

NoRT , macam mana agaknya awak berkawan dengan anak kecil tu , cakap-cakap atau bunyi-bunyi ? Anak kecil lebih sensitif dengan bunyi ...Lagi unik bunyi awak , lagi dia respon ...