Sunday, February 15, 2009

Respons Golongan Intelek

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat maksud intelek "(intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek." maksud golongan (kaum) intelek "golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;" maksud respons "(réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami mengharapkan ~ drpd pembaca.

Dari maksud-maksud di atas, respons golongan intelek boleh dimaknakan sebagai reaksi atau jawapan dari kaum cerdik pandai iaitu golongan yang mempunyai daya berfikir yang tinggi terhadap sesuatu isu samada isu kecil atau besar. 

Siapakah glongan intelek itu? Pada pendapat saya mereka ialah orang-orang yang mahir dan berpengalaman luas di dalam bidang masing-masing di mana telah memegang jawatan-jawatan tinggi dalam masa yang lama. Selain daripada itu ialah mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi samada daripada pendidikan formal atau tidak formal seperti pemegang-pemegang ijazah PhD. 

Saya berminat untuk membicarakan tajuk ini sebab amat berharap golongan ini dapat memberi pandangan pantas yang konsisten terhadap sesuatu isu negara. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap negara sendiri tanpa dipaksa-paksa. Berdasarkan pandangan itu tindakan yang sesuai boleh diambil supaya isu dapat diselesai dengan kadar segera. 

Dalam memberikan pandangan, biarlah benar-benar bersifat professional dan tidak memihak kepada golongan tertentu. Orang bijak pandai ini mesti memikirkan idea mereka sesuai untuk semua golongan warga negara. Kalau tidak, tidak payahlah memberikan pandangan sebab ia akan memanaskan isu yang timbul sedang jalan penyelesaiannya kabur. Sehubungan pandangan ahli professional ini, ahli politik perlu melaksanakan langkah menyelesai masalah sebaik mungkin tanpa memihak kepada sesiapa. 

Kalau ahli politik hendak berpolitik semasa perlaksanaan penyelesaian masalah, lebih baik berhenti jadi ahli politik, sebaliknya jadilah orang "teori politik". Ahli politik yang baik ialah orang yang dapat menggunakan kuasa yang ada padanya sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

Banyak isu-isu negara masih belum ditangani dengan memuaskan seperti masalah pendatang haram, kebanjiran rakyat asing, isu alam sekitar, akta-akta penguatkuasaan undang-undang, isu rasuah dan lain-lainnya. Kerjasama erat amat diperlukan antara golongan intelek dengan orang politik untuk menjadikan negara ini terbaik dalam kemajuan fizikal dan sahsiah rakyatnya.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian :)