Sunday, February 15, 2009

Fakta Kesihatan

Talasemia
Mengikut artikel dari http://www.geocities.com/hamba66/HPA/talasemia.html  Talasemia ialah sejenis penyakit keturunan yang mengganggu pembentukan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah di dalam darah. Berikutan kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.  

Gejala talesemia minor Mangsa tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Bagaimanapun mereka boleh menjadi pembawa talasemia kepada anak yang dikandung sekiranya pasangan mereka ialah pembawa talasemia (talasemia minor) HIV DAN PESAKIT AIDS Mengikut artikel dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/apakah_hiv.htm  

APAKAH HIV? (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS. * Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.
 
APAKAH AIDS? (Acquired Immune Deficiency Syndrome) AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti? HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja: 
1.melalui perhubungan seks tidak selamat  
2.melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari. 
3.melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

Berdasarkan catatan itu, penyakit ini boleh menggugat perjalanan hidup berkeluarga dalam masyarakat. Usaha perlu dilakukan supaya individu faham tentang fakta ini dan tidak mengambil risiko dalam kehidupan masa depan. Sesuatu yang berlaku memanglah kehendak Allah tetapi sebagai manusia kita diperlukan berusaha mengubah nasib sendiri. 

Pada pendapat saya ujian talasemia sebelum perkahwinan selain ujian HIV perlu dilakukan supaya pasangan tahu fakta kesihatan yang sedang dibawa dalam diri. Kalau kedua-dua pihak ada talasemia samada sebagai pesakit atau pembawa, anak yang bakal dimiliki kelak jika mereka berkahwin kemungkinan besar akan mempunyai penyakit itu. 

Begitu juga kalau pasangan itu ada HIV, ia boleh dijangkiti dalam perkahwinan. Bila sudah tahu fakta ini, pasangan boleh membuat keputusan samada hendak meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Jika perkahwinan hendak diteruskan demi cinta yang tidak dapat dipisahkan, langkah-langkah keselamatan perlu diambil dengan lebih awal. Mereka perlu banyak belajar hal yang berkaitan dengan status kesihatan diri daripada pakar kesihatan. Mereka tidak boleh sambil lewa dan menyalahkan antara satu sama lain di kemudian hari. 

Perkahwinan bukanlah medan untuk berkelahi bila ada hal tidak beres , sebaliknya bermuafakat supaya penyelesaian terbaik dapat diambil. Meskikah percintaan berakhir dengan perkahwinan? 

Kalau perkahwinan kelak akan mempunyai banyak masalah kesihatan atau risiko kesihatan yang melebihi kebahagiaan yang bakal dikecapi, masihkah perkahwinan itu perlu diteruskan? Tepuklah dada, tanyalah selera. 

Orang lain tidak boleh membuat keputusannya. Sebuah percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta yang sejati akan menyebabkan seseorang berusaha supaya pasangannya berbahagia walaupun tidak hidup bersama.

No comments: