Friday, February 27, 2009

UNIKNYA TANA TORAJA , SULAWESI

Gambar menunjukkan perkuburan di tebing batu tinggi di mana jasad disemadikan. 
Saya tertarik menonton Misteri Nusantara tentang budaya sebuah kematian di Tana Toraja, Sulawesi. Jasad akan diawet beberapa tahun sebelum disemadikan di perkuburannya. Semasa jasad hendak dibawa ke tempat persemadian, pesta kematian diadakan. 

Selalunya kematian diratapi oleh kaum keluarga tetapi budaya di sana mengadakan pesta yang sebaliknya. Perbelanjaan yang ditanggung oleh keluarga adalah besar. Apa yang uniknya ialah tebing batu tinggi akan dipahat untuk disemadikan jasad tersebut. Semakin tinggi tebing dipahat, semakin tinggi kedudukan si mati. Untuk memahat ruang di tebing batu tinggi itu, tangga telah di perbuat daripada banyak batang buluh yang diikat dengan kuat. Tangga itu juga digunakan untuk membawa jasad si mati ke ruang persemadiannya. 

Orang-orang yang membawa jasad ke ruang batu yang dipahat itu adalah di kalangan yang terpilih sahaja. Sebaik sahaja jasad diletakkan di tempat tersebut, pembawa jasad akan turun ke bawah. Selepas itu tangga buluh tadi akan dijatuhkan. Mengikut kepercayaan mereka, semakin sukar membawa jasad ke tebing tinggi itu , semakin tinggi prestij si mati. 

Tana Toraja tidak menerima pendakwah Islam sebelum ini, sebaliknya didatangi oleh pendakwah kristian yang dibawa oleh Belanda. Namun begitu , pada masa ini sudah ada anak buminya yang memeluk Islam. Bagi jasad beragama Islam, mereka akan dikebumikan di tanah biasa di bawah tebing tinggi itu.

1 comment:

nadeshiko said...

ughh~
seram la masa tengok cite misteri nusantara tu mak..
Budaya diorang menakutkan laa..
yang tak tahan masa lembu tuu.. T_T