Friday, February 27, 2009

SEPETANG BERSAMA PELAJAR

Pada hari Jumaat, 27 Februari 2009, saya telah hadir di kawasan sekolah pada jam 3.15 petang untuk melaksanakan tugas. Apabila tiba, saya terus memeriksa 17 buah buku rekod persediaan mengajar anak buah saya. Seperti biasa, kalau perlu, saya akan catat komen dalam buku mereka .
Selepas itu saya menanda buku nota dan latihan pelajar tingkatan 5 yang terletak atas meja ini. Saya mengutip buku-buku tersebut dua hari lepas sebaik sahaja tajuk pertama selesai. Lepas ini saya perlu catat dalam rekod Program WAJA Negeri Perak sebagai persediaan jika dipantau. 
Semasa menyemak buku pelajar, saya terdengar bunyi lagu-lagu band berkumandang di tingkat atas. Pasukan band sekolah sedang berlatih bermain peralatan band. Selepas siap menyemak, saya naik ke tingkat atas untuk melihat mereka berlatih. Mulanya mereka malu-malu bila saya tiba, tapi saya minta mereka teruskan latihan. 
Mereka giat berlatih terutama untuk persediaan hari sukan nanti. 
Jam 4.30 petang saya melangkah pulang tetapi singgah sebentar di kelas 2C4. Guru kelas dengan empat orang pelajar bergotong royong mengecat dinding kelas yang sudah lusuh. Guru kelas memaklumkan kepada saya kerja begitu tidak boleh dibuat beramai-ramai sebab boleh menimbulkan lebih banyak masalah. Selepas itu saya pulang untuk berihat. Esok dan lusa adalah cuti hujung minggu. Saya rasa sangat lapang fikiran apabila tiba hujung minggu.

3 comments:

nadeshiko said...

haha, malu-malu kucing plak.
budak-budak tu main lagu ape mak..?

farahiyah said...

you miss one place! Jumaat petang saya tengah buat solar oven kat makmal sains 1.

Citera Alam said...

Cikgu Zamrud ,
Sorry ya sebab tak jengah solar oven hari tu . saya tak dapat maklumat . PSS pula saya lupa singgah . Tapi tak apalah , semua OK , kan .