Saturday, February 28, 2009

TUN FATIMAH

Buku ‘Tun Fatimah’ karangan Harun Aminurrashid, ada menyebutkan bahawa Tun Fatimah bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, tetapi juga sifat-sifat kepahlawanannya yang melibatkan dirinya di dalam pencak silat dan sebagainya.

Mengikut buku tersebut, Tun Fatimah pernah keluar istana bagi menentang soldadu-soldadu Portugis, pengiring Diego de Lopez, yang membuat kacau di pasar. Kekuatan Tun Fatimah dan rakan-rakannya telah menyebabkan soldadu-soldadu Portugis tersebut lari bertempiaran dan terus ke kapal.

 Tun Fatimah adalah salah seorang tokoh wanita yang secara tidak langsung telah memberi sumbangan kepada kesetabilan empayar Melaka. Wanita-wanita yang lain yang bersama-sama Tun Fatimah ialah Puteri Rakna Kemala, Puteri Pasai (isteri Parameswara), Tun Kudu (isteri Sultan Muzaffar Shah), Raden Galoh Chendera Kirana (Puteri Majapahit), Tun Teja, dan Hang Li Poh. Di dalam ‘Sejarah Melayu’ ada mencatatkan ada menggambarkan tentang Tun Fatimah: “Maka tersebutlah perkataan peri baik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah, terlalu sekali eloknya, tiada tercela lagi, sedap manis pantas bagus, saperti laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca. Tambahan anak Bendahara pula barang lakunya dan barang pakaian larangan semua dipakainya, makin bertambah baik parasnya.” PETIKAN : http://www.melakahariini.com.my/

No comments: