Sunday, February 22, 2009

PENGURUSAN TINGKATAN 6

SEMINAR PENJENAMAAN SEMULA PENGURUSAN TINGKATAN 6 NEGERI PERAK 2009

Seminar tersebut telah diadakan di Dewan SMK Sultan Yusof Batu Gajah , Perak , pada hari Sabtu , 21 Februari 2009, jam 8.00 pagi - 2.00 petang .Kira-kira 600 orang guru ting 6 dari seluruh Negeri Perak telah menghadirinya . Terdapat pembentangan kertas kerja serta taklimat mengenai pengurusan tingkatan 6 . Penguatkuasaannya bermula daripada 1.1.2008 manakala perlaksanaan sepenuhnya ialah pada tahun 2011 . Di antara pendedahannya ialah 1.Kertas Kerja "Penjenamaan Semula Dan Konsep Baru Pengurusan Tingkatan 6 " oleh Dr Ros Amnah bt Abd Raof Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Taklimat "Jadual Waktu Dan Aktiviti Tingkatan 6" oleh Tuan Haji Salim Suhaimi Penolong Kanan Pentadbiran SMK Clifford Kuala Kangsar Perak 3.Kertas Kerja"Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian Tingkatan 6" oleh Wakil Majlis Peperiksaan Malaysia En Adnan b Yaacob KetuaPenolong Pengarah Sektor Penilaian Dan Peperiksaan , Jabatan Pelajaran Perak 4.Kertas Kerja "Perjawatan Guru Tingkatan 6" oleh En Azmi b Dahali Ketua Penolong Pengarah (Naik Pangkat) , Jabatan Pelajaran Perak . Segala perubahan yang dirancang adalah dalam proses perlaksanaan . Terlalu banyak kekangannya kerana guru-guru tingkatan 6 terikat dengan tugas biasa di sekolah yang berkaitan dengan pelajar dan pengajaran tingkatan 1 - tingkatan 5 . Secara teori pengasingan akan dilaksanakan di mana sistem pembelajaran dan pengurusan tingkatan 6 serupa dengan di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . Daripada kertas kerja yang dibentangkan , hal perjawatan paling mendapat perhatian guru-guru tingkatan 6 di mana banyak soalan diajukan dalam sesi soal jawab . Bagi saya ini adalah hal biasa dalam mana-mana organisasi sebab kenaikan pangkat adalah sesuaru yang ditunggu-tunggu oleh semua orang . Selaras dengan kenaikan pangkat , tugas guru tingkatan 6 adalah bertambah . Waktu kerja adalah 8.00 pagi hingga 4.00 petang . Selain daripada terlibat secara langsung dengan kuliah dan tutorial , guru-guru wajib mengadakan penyelidikan sendiri serta melaksakan kolokium di kalangan pelajar di samping terlibat dengan khidmat masyarakat dan tugasan ko-kurikulum . Dalam banyak hal , satu perkara paling seronok yang saya perolehi untuk diri saya sendiri ialah saya boleh melepaskan jawatan yang saya pegang sekarang supaya boleh diisi oleh orang lain yang berada dalam kategori jawatan itu . Perkara kedua ialah saya masih boleh menikmati "time base" seperti biasa bila masanya telah tiba . Jadi , tiada apa-apa kerugian bila mengajar di tingkatan 6 .

2 comments:

farahiyah said...

Penolong Kanan Tingkatan 6, bila nak diwujudkan???

Citera Alam said...

Cikgu Zamrud ,
Sekolah kita akan mendapat Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 (GPK DG44) sebab kelas tingkatan 6 kita kurang daripada 10 . Penolong Kanan Tingkatan 6 (PK DG 48) diwujudkan di sekolah tingkatan 6 yang ada 10 atau lebih kelasnya .