Friday, February 27, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN

Perhimpunan mingguan di Dataran Clifford kali ini diadakan bacaan yaasin yang kekerapannya adalah dua kali sebulan . Bacaan yaasin hari ini diketuai oleh pembantu makmal . Dia mahir dalam bacaan al Qur'an dan menjadi rujukan pelajar yang memasuki musabaqah al Quran mewakili sekolah .
Pelajar bersedia dengan buku surah yaasin di tangan masing-masing .
Di dalam kumpulan pelajar 2RK1 pagi ini terdapat empat orang pelajar SMK Anderson , Ipoh . (bertali leher hitam putih) Mereka telah berada di sekolah ini dan tinggal di asrama sejak seminggu lalu dalam Program Pertukaran Pelajar Kelas RK Negeri Perak . Hari ini hari terakhir mereka di sini .
Selepas tamat bacaan yaasin , diadakan majlis ringkas perpisahan pelajar SMK Anderson , Ipoh . Wakil pelajar tersebut berucap dalam ucapan selamat tinggal . Selepas itu mereka di bawa ke SMK Abu Bakar Al Baqir bagi acara perasmian penutup Program Pertukaran Pelajar Kelas RK Negeri Perak . (Pelajar RK sekolah kami pula di SMK King Edward , Taiping)
Selepas ucapan pelajar RK SMK Anderson , diadakan pula penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara MSS Perak yang telah mewakili sekolah . Penyampaian hadiah juga adalah kepada pelari-pelari 4X100 m B15 dan B18 yang kedua-duanya telah menjadi johan dalam acara sukan tahunan di SMK Sayong , Kuala Kangsar . Penyampaian hadiah dilakukan oleh Tuan Pengetua .
Ini adalah kumpulan pelajar tingkatan enam atas yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari pelbagai kaum .
Setelah perhimpunan selesai , semua guru bersurai tetapi semua pelajar diminta berada di Dataran Clifford . Guru Disiplin memanggil nama sekumpulan pelajar . Mereka ini dikehendaki menjalani ujian air kencing yang diadakan secara berkala oleh pegawai ADK daripada Pejabat Pelajaran Daerah . Menjelang tengahari , saya mendapat laporan bahawa kesemua pelajar yang telah diuji itu adalah bebas dari pengaruh dadah dan alkohol .

No comments: