Cuaca elok pada pagi ini . Perhimpunan dapat diadakah di Dataran Clifford . Seperti biasa , pergerakan pelajar ke tapak perhimpunan agak lambat . Saya ke blok C minta pelajar tingkatan 4 dan 5 di blok itu menutup semua suis kipas dan lampu serta bergerak segera ke tapak perhimpunan .



Selepas selesai perhimpunan , pelajar menjalani pemeriksaan mengejut oleh guru-guru disiplin dengan dibantu oleh para pengawas sekolah di dataran ini . Pelajar perempuan pula (Tingkatan 6Atas) diperiksa di tempat tertutup iaitu Bilik Mesyuarat . Seperti biasa , pemeriksaan ini bertujuan mempiawaikan pakaian sekolah pelajar supaya lengkap seragamnya selain memeriksa poket dari gejala rokok , telefon bimbit dan barangan lain yang dilarang dibawa ke sekolah . Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut dan memotong / menggayakan rambut dengan stail yang tidak diizinkan . Pelajar perempuan pula dilarang memakai barang kemas .
Dengan pemeriksaan ini , mereka lambat memasuki kelas . Saya menunggu dan terus menunggu di Makmal Fizik dan akhirnya masa P&P saya dari 120 minit cuma tinggal 40 minit sahaja untuk belajar . Selalu juga jadi begini . nampaknya saya kena atur kelas tambahan untuk menampung waktu-waktu itu supaya sukatan STPM dapat diselesaikan sebelum peperiksaan percubaan September nanti .
No comments:
Post a Comment