Sunday, March 1, 2009

Tidak relevan lagi

KUANTAN 28 Feb. – Kefahaman bahawa konsep kapitalis sebagai sistem terbaik untuk memberikan kemakmuran ekonomi dan kekayaan bagi sesebuah negara kini tidak lagi relevan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana pelaksanaan sistem itu yang terlalu bebas menjadi punca dunia dilanda krisis yang begitu dahsyat.
“Oleh itu, salah satu pengajaran daripada krisis ini ialah bahawa kita perlu ada pemikiran baru dari segi ideologi, kefahaman tentang apakah sistem terbaik yang boleh menentukan kesejahteraan kita secara berterusan."
-Mingguan Malaysia , 1 Mac 2009-

Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu . Pakar-pakar berkaitan perlu bekerjasana menjayakan perubahan ini . Para pengkritik dan pembangkang juga harus bekerja keras bersama meneroka keluar dari sistem yang merosakkan ini . 

Kita tidak harus terus membangkang dan mengkritik bertalu-talu dalam hal ini tanpa apa-apa sumbangan . Cakap yang berapi-api dan mengkritik bercili-cili tanpa sumbangan idea bernas adalah merugikan . Jika masuk kategori ini sebenarnya individu yang terlibat sebenarnya hanya hendak "mengata atau mengumpat atau mengutuk " . Kalau setiap hari asyik hendak "mengata , mengumpat dan mengutuk " , di mana sebenarnya keikhlasan sebagai warga negara atau individu yang ikhlas untuk berfikiran positif terhadap negaranya ?

No comments: