Sunday, March 29, 2009

PILIHAN MEREKA

"4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
 
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding......

Saya tidak mahu komen apa-apa, cuma saya hendak katakan bahawa saya sangat bersetuju dengan pendapat cek det. Kalau terjadi lagi perkara itu, pemilih-pemilih itulah yang patut kita salahkan kerana telah menjadikan pisang berbuah dua kali. Kenapa mata buat-buat tidak nampak sedangkan sudah terang lagi bersuluh. 

Kenapa diperjudikan masa depan institusi dengan masalah isu yang boleh berulang? Inikah dia PEMUDA UMNO kita yang mahu membela anak-anak muda kita yang BERMASALAH? Mungkinkah nanti akan dikatakan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul?.......Sama-samalah kita saksikan dalam lima tahun ini.

No comments: