Jabatan Pelajaran Perak telah menjadikan hari Sabtu , 28 Mac 2009 sebagai Hari Professional kami . Pada hari tersebut , kami perlu hadir di sekolah untuk mengikuti kursus khidmat awam dan professional .
Agenda dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku , diikuti oleh doa . Selepas itu Perutusan Pengarah Pelajaran dibacakan oleh wakilnya iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan Jabatan Pelajaran Perak . Kami kemudiannya membaca ikrar khidmat yang diketuai oleh Tuan Pengetua .


Selepas tamat ceramah Kajian Tindakan , guru-guru disediakan makanan tengahari di kantin sekolah . Saya tidak makan tengahari bersama mereka sebaliknya terus keluar untuk membeli lauk bagi sajian tengahari anak-anak di rumah . Tambahan lagi , saya rasa terlalu letih untuk menunggu lebih lama .
No comments:
Post a Comment