Saturday, March 28, 2009

BUKIT GANTANG TAIPING

Pada pukul 3.30 petang Jumaat, 27 Mac 2009 lalu, saya sekeluarga telah ke Bandar Taiping sebelum ke Gopeng untuk membawa anak pulang bercuti hujung minggu. Tujuan kami ke Taiping adalah untuk servis brek kereta Nazaria kami di Kedai KIA Taiping. 

Dalam perjalanan yang melalui Bukit Gantang, perang poster sedang berlangsung menjelang pilihanraya kecil yang diadakan pada awal April bagi memilih Ahli Parlimen kawasan itu menggantikan ahli Palimen PAS yang telah meninggal dunia .
 
Sebelum bertolak kami ke TNB ini untuk menjelaskan bil-bil
Poster-poster parti yang bertanding telah dipasang di sepanjang jalan
Parti yang bertanding ialah BN dan PAS
Poster yang banyak ini seakan-akan pesta poster
Kami tiba di Bengkel Kia pada pukul 4.25 petang.
Kami daftar masuk kenderaan di kaunter ini
Pemandangan di dalam bengkel Kia Taiping
Semasa menunggu, kami berihat di ruang ini sambil membaca 
akhbar dan majalah serta menonton TV
Saya sempat melayari internet dari komputer yang disediakan di ruang tersebut
Dalam perjalanan ke Gopeng, kami melalui Air Kuning yang juga ada pesta poster
Khemah persiapan pilihanraya telah dipasang di Cangkat Jering
Papan iklan di simpang ke Lebuhraya di Cangkat Jering juga ditampal poster
Papan iklan di simpang Cangkat Jering ke lebuhraya
Jejantas di atas lebuhraya dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang
Sepanjang perjalanan kami terserempak dengan banyak kereta polis serta trak FRU ke arah Taiping dan kami melihat mereka membina khemah sementara di satu tempat di Bukit gantang. 

Saya berharap proses penamaan calon dan pilihanraya kecil ini akan berjalan dengan lancar tanpa insiden yang mencemarkan. Saya juga berharap pilihanraya ini akan bebas daripada keganasan dan kekacauan sebab rakyat Malaysia telah dididik dengan pekerti yang mulia, bukan keganasan yang mengancam keselamatan negara.

2 comments:

NADESHIKO said...

Eh, bila mak ambik gambar adik..?
tak pasan pun time tuu..?
hahaha

harap tak ade berlaku rusuhan mcm kat kuala kangsar...

Citra Alam said...

kome kalau dah jumpa majalah tak tengok langsung kiri kanan . Mana nak sedar mak ambil gambar !