Keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan pada hari ini . Semua pelajar mengambil slip masing-masing di Dewan Hamdan . Saya sempat merakam suasana di dewan itu .



Hari ini saya merasa amat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana julung-julung kalinya ketiga-tiga subjek dalam bidang saya iaitu Biologi , Fizik dan Kimia telah mencapai kelulusan 100 % manakala Matematik Tambahan melepasi 90 % . Tahniah kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran itu . Semoga ini merupakan tiupan semangat untuk meningkatkan kualiti bagi SPM 2009 pula . Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama pembaca semua .
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya . Kepada yang kurang berjaya , jangan berputus asa . Kehidupan mesti diteruskan . Kecemerlangan boleh diperolehi dalam apa jua bidang , bukan hanya akademik sahaja .
2 comments:
Tahniah Imah, atas kejayaan sekolah Imah tu...dan satu lagi , mohon maaf bebanyak, saya terlupa sungguh!
HAPPY 48 TH BIRTHDAY.......
Semoga dipanjangkan usia dan di berkati di dunia dan di akhirat.
Terima kasih , Tie . Ingat juga awak kat saya , ya ....Hari ini saya minta cuti sebab hendak ke Selangor , ada hal keluarga .
Post a Comment