Thursday, February 11, 2010

MUSAFIR DI PADANG PASIR

Kewujudan setitis air di padang pasir adalah anugerah berharga bagi musafir dalam meneruskan perjalanan yang panjang. Dia tidak mengharapkan benda-benda lain dalam situasi itu. Kalau hendak memberi buah tangan, berilah air kepadanya untuk menghilangkan dahaga.

Malangnya ramai yang tidak memandang kepentingan ini. Mereka dibiarkan bermusafir dalam keadaan payah dan tercari-cari sumber air yang mungkin wujud di setiap perhentian. Keadaan menjadi lebih payah kerana masa perjalanan akan menjadi lebih lama dalam pencarian tersebut.

Membantu sesama insan adalah tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini. Bantuan yang dihulur perlulah memenuhi keperluan ketika itu. Huluran yang diberi harus ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Sebaiknya tangan kiri tidak tahu apa yang dihulur oleh tangan kanan.

Kalau semua orang menghayati nilai murni ini, tidaklah wujud situasi seperti musafir di padang pasir yang tercari-cari setitis air. Usah biarkan perjalanan mereka menjadi lebih payah. Besar ganjarannya membantu mereka. Mungkin  mereka akan mencari kita semula selepas itu  untuk mengucapkan "terima kasih".

2 comments:

Sukimin said...

macam lagu al jawahir aje tajuk posting kau ni

Citera Alam said...

Yer ke ? Aku pun tak tahu tajuk lagu tu .