Tuesday, February 9, 2010

ASET HAYAT

Apa yang dimiliki adalah aset diri. Insan-insan sekeliling kita boleh juga  dikategorikan sebagai aset, dinamakan aset hayat. Mereka amat  berharga dalam kehidupan. Nilai tinggi ini disebabkan "akal" yang dimiliki. 

Aset  perlu dijaga dengan teliti. Begitulah juga perlu dilakukan ke  atas  aset hayat. Mereka terdiri daripada berbagai  tahap. Ada yang sama tahap dengan kita dan ada juga dari tahap yang  berbeza.

Aset hayat juga terdiri daripada  kalangan yang ada hubungan darah atau tali persaudaraan. Mereka juga boleh terdiri daripada samada rakan, jiran, kenalan, pelanggan dan seumpamanya.

Aset inilah sebenarnya yang membantu kita dalam kehidupan, samada disedari atau tidak, samada secara langsung atau tidak, samada secara perlaksanaan tanggungjawab atau tidak  dan sebagainya. 

Mereka perlu dilayan dengan baik terutama ketika kita masih berkuasa dan bertenaga. Kalau sebaliknya, boleh jadi mereka enggan membantu di saat-saat diperlukan seperti menguruskan jenazah kita kelak...........

1 comment: