Sunday, February 7, 2010

TERINGAT.......

Beberapa minggu lalu saya terbaca  komen dalam  satu artikel  di surat khabar. Ia berkenaan DJ radio sekarang berbanding dengan DJ radio dahulu. Pengkritik itu menyatakan terdapat DJ sekarang yang seakan  terjerit-jerit semasa bertugas di kontinya . DJ dulu-dulu tidak pula begitu.

Saya suka mendengar radio dari kecil hingga sekarang. Apa yang dikritik itu memang ada kebenarannya. Ini berdasarkan pendengaran saya menerusi setesen radio terkini. DJ menggunakan intonasi suara yang kedengaran ceria tetapi kadang-kala seakan terjerit-jerit.

Bagi saya, mungkin itu adalah cara atau persembahan masing-masing, namun terjerit-jerit di konti itu memang kurang manis. Bayangkanlah  jika pendengarnya adalah  warga emas, tentu mereka kurang senang mengikuti trend ini. Bahasa yang diguna pula adalah frasa semasa yang luntur  budayanya.

Kalau hendakkan suasana ceria, ada berbagai cara boleh dilakukan. Mereka perlu kreatif mencari idea supaya persembanhan kedengaran segar. Kesegaran boleh tercipta dengan menggunakan bahasa yang tepat tetapi piawai. Biarlah ia menjadi medium komunikasi yang sesuai untuk pembelajaran seluruh lapisan.

No comments: