Siang-malam fikirannya ligat mencari jalan untuk menjinakkan mereka . Dia mahu mereka boleh duduk diam dan mendengar semasa diajar , buat apa yang disuruh dan tenang melaksana aktiviti . Dua hari lepas hatinya habis terbakar sebab aktiviti yang sepatutnya selesai dalam 20 minit tidak dapat selesai lebih sejam .
Bila diajar ada sahaja bunyi bersahutan di sana-sini . Dia terpaksa berhenti dan tenteramkan suasana serta memberi dendaan piawainya - cubit , pulas telinga - barulah diteruskan . Penerangan tidak boleh panjang sebab mereka tidak berupaya menerima lagi . Alatulis masih tidak lengkap.
Kerja rumah tidak selesai walaupun ada tiga hari cuti hujung minggu . Mulut tidak mahu ditutup dan perkataan dikeluarkan kasar dan ada unsur cari pergaduhan .Ujian pertama sudah gagal . Buku rujukan tidak ada , buku teks tidak dibawa dan buku tulis begitu juga . Pening kepalanya dengan spesis baru ini .
Hari ini dia berbincang dengan rakan sejawat yang senasib . Dari perbincangan itu , lahirlah satu idea yang sangat "selekeh" tetapi praktikal , ibarat melayan pelajar pra-sekolah , walaupun remeh tapi ada unsur didikan dan pembelajaran . Dia segera mengambil tindakan awal , dilaksana pada minggu depan .
Dia akan terus melaksanakannya dengan sabar . Inilah cabaran paling dahsyat dalam pengalamannya mengajar selama lebih dua puluh empat tahun . Terlalu rendah level ini tetapi itulah yang terbaik daripada tiada pembelajaran langsung . Selain itu dirinya dibantu oleh eviden yang dilaksana .
Dia tidak tahu bagaimanakah mereka dididik selama ini sebab seperti tiada langsung pengurusan akhlak diri . Dinasihat sekali tidak diendahkan , diulang lagi , masih tidak dipatuhi , dicubit barulah mahu akur . Selain rakan sejawat yang sama merasa , siapalah yang mahu mengerti ......
No comments:
Post a Comment