Sunday, April 18, 2010

SEBULAN DAH BERLALU...

Alhamdulillah , tamat sudah sebulan yang meresahkan ; baca-membaca , karang-mengarang dan diakhiri dengan tulis-menulis jawab-menjawab PTK sesi 1 2010 . Soalan  berpendekatan "terbuka" ; penilaian berdasarkan kemantapan dan kematangan berhujah serta pengalaman melaksana tugas .

Saya rasa saya telah melakukan apa yang patut dan sekarang terpulanglah kepada penilainya . Sebagai kakitangan awam , saya bersedia menerima segalanya dengan hati dan fikiran terbuka . Yang penting amanah di depan mata perlu terus dilaksanakan sebaik yang mungkin .

Bermunajat kepadaNya minta ditenangkan hati dan fikiran ,terkejar-kejar  mengurus keluarga , menyiapkan diri ke sekolah , mengajar dan mengurus P&P serta mengarang dan  membaca , terasa bagai memutar waktu ke alam IPT yang lalu tetapi itulah kepuasan diri yang dapat dirasai . 

Saya sempat bersembang dengan seorang  teman berjawatan pengetua yang turut mengambil periksa . Saya bertanya "Duduk kat mana? ," Dia beritahu tempatnya yang serupa dengan tempat saya . Saya beritahu "kita ni setaman tapi tak pernahpun nampak kelibat awak ." Dia tersedar lalu membuat pembetulan . Rupanya dia tersilap .

Kami gelak .Dia beritahu pernah tersilap juga memberikan nombor rumah kepada seseorang . Sebenarnya saya pun gelak sebab pernah buat kesilapan yang sama . Saya memberitahunya "Itulah petanda bahawa kita memang telah menjadi warga emas" .

No comments: