Segala bentuk kain yang tidak digunakan lagi akan dinamakan kain buruk. Ia boleh terdiri daripada pakaian; peralatan diri seperti tuala dan peralatan rumah seperti langsir dan alas meja. Kain buruk ini pula boleh terdiri daripada berusia lama atau baru, berjenama atau sebaliknya dan sebagainya.
Semakin tinggi gaya hidup dan selera seseorang semakin banyak kain buruk yang akan dimilikinya, apatah lagi jika daya membelinya adalah tinggi. Ini bermakna satu pengurusan kain buruk diperlukan jika mahu ia berharga. Ia boleh dijadikan bahan untuk menjana ekonomi dan sosial ahli masyarakat.
Bagi pemilik yang memikirkan tentang pulangan wang, kain buruk boleh dijual dengan harga yang murah. Bagi yang memikirkan tentang amal jariah, ia boleh dijadikan bahan untuk disedekahkan kepada orang yang lebih susah. Bagi kedua-dua kategori itu, kain buruk itu mestilah dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan tanpa perlu diperbaiki. Amalan ini telahpun dilaksanakan di mana-mana.
Sikap seseorang terhadap kain buruk boleh melambangkan hati budinya. Jika dia seorang yang berhati budi, kain buruk ini akan dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dia tidak akan mengenepikannya begitu sahaja sehingga akhirnya berhabuk, usang dan dimakan anai-anai. Dengan ilmu dan iman, dia boleh memikirkan cara bagaimana kain buruk itu boleh dikitar semula supaya berguna kepada alam dan manusia.
Kain buruk juga sering diibarat kepada seseorang yang khidmatnya tidak diperlukan lagi atas sesuatu sebab. Orang yang berhati budi pasti tidak akan mengenepikan atau mengecilkan hati mereka, sebaliknya masih menghargai dengan mengiktiraf dan menggunakan khidmat atau kepakaran mereka demi kemajuan sesuatu organisasi.
Saya teringat senikata lagu asli kegemaran saya yang begitu menghargai kain buruk
Ada makna halus yang tersirat dalam lagu itu. Sebagai manusia, sikap menghargainya adalah elemen yang boleh membezakan kita dari yang berkaki empat.......

Tudung periuk
tudung periuk pandai menari
menarilah lagu
menarilah lagu putera mahkota
Kainlah yang buruk
kain yang buruk berikan kami
buat menyapu
buat menyapu si air mata
Ada makna halus yang tersirat dalam lagu itu. Sebagai manusia, sikap menghargainya adalah elemen yang boleh membezakan kita dari yang berkaki empat.......
2 comments:
Wow! Halus dan mendalam sekali sindiran. Memang tepat sekali.Tidak semua yang buruk tidak boleh digunakan lagi.Sedangkan besi buruk pun berharga apatah lagi manusia yang berakal.
Sensitiviti manusia tak sama . Mungkin disebabkan kurang memikirkan tentang alam dan manusia ciptaan Tuhan yang pelbagai .
Post a Comment