Sunday, August 15, 2010

ALAM KITA String Theory

-menjelaskan  "zarah-zarah yang membentuk alam semesta ini bukanlah berbentuk bulat  tetapi berbentuk tali-temali atau istilahnya 'string', berukuran sangat kecil, iaitu berjuta-juta kali lebih kecil dari quark.Sebuah string adalah bersamaan ukuran sehelai rumput di bumi . 

String yang amat kecil ini dianggap hanya memiliki panjang saja (1 Dimensi ruang), bergetar, dan variasi getarannya itulah yang menghasilkan apa yang kita lihat sebagai partikel-partikel.String adalah satu-satunya bahan asas pembentuk ruang dan waktu. YANG KITA LIHAT SEBAGAI BERANEKA RAGAM PARTIKEL ITU SEBENARNYA ADALAH HASIL VARIASI GETAR STRING-STRING YANG SAMA. Maksudnya seperti partikel foton yang membentuk cahaya dan udara berbeza kerana frekuensi getaran string yang berbeza. 


 PERBEZAAN FREKUENSI  AKAN MENGUBAH RUPA PARTIKEL. Contohnya, bunyi dapat didengar oleh kita tapi foton tidak, tapi kita dapat melihatnya (cahaya). Graviton pula kita tidak dapat melihat atau mendengarnya tapi kita dapat melihat kesan yang ditimbulkannya (graviti). JADI TIDAK HAIRANLAH JIN DAN SYAITAN, KITA TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA. Tidak ada kepelikan dengan sifat 'ghaib' mereka kini, jika kita dapat berfikir secara saintifik kewujudan mereka.

Tahun 1968- Gabriele Veneziano( berbangsa Itali) , dan Leonard Suskind (dari Stanford University)
menyatakan  ' sebuah partikel  memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur".


M-Theory
1995 - Edward Witten, dari Institute for Advance Study mendapati
• String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).
• Terdapat string yang rata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (brane) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.
• Kedua ujung string 1-brane harus melekat pada 2-brane.

M-Theory menemui  dimensi tambahan yang dikatakan bukanlah teramat kecil malah, kemungkinannya berukuran  sangat besar. Kita hidup di alam semesta 3 diemensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi. Alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane (dimensi dibungkus oleh dimensi).

Bayangannya :
Kaca televisyen kita  adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (memiliki dimensi panjang dan lebar) , tidak memiliki dimensi ruang ke-3. Jarak antara mata kita  ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu, 

Alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut . Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang. Bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.

Alam semesta kita iaitu 3-brane berada di dalam membrane yang lebih tinggi; 4 brane, atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. Alam 4-brane pula dibungkus oleh alam 5-brane dan begitulah seterusnya.

M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada manusia yang tahu. Infiniti.

M-Theory juga mengatakan bahawa jumlah kesemua brane atau dimensi ruang adalah 10. Lalu dimanakah dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?

Mari kita lanjutkan lagi pemikiran kita. Apabila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
• Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
• Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
• Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
• Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
• Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
• Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
• Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?"
(Nuh ayat 15)

"dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh,"
(An Naba' ayat 12)

Jadi alam semesta kita dibungkus oleh alam lainnya yang berdimensi-ruang lebih tinggi. Dan di setiap membrane (“Dunia” yang membungkus) terdapat 'parallel universe'. Sementara “Dunia” membungkus “Dunia” yang lain, dimensi masa pula dimiliki oleh semua “Dunia” ini tadi.

RAHSIA ALAM GHAIB
"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya: Aku dekat."
(Hadis Qudsi)
 
String ini terdiri daripada dua jenis; string tertutup (close loop) dan string terbuka (open loop).String terbuka  akan tertambat pada membran. MEMBRAN MEWAKILI ALAM; ALAM FIZIKAL (contoh : “Dunia” manusia). Alam yang kita tahu, dirasa, disentuh, dilihat, didengar dan dibau adalah membran yang berfungsi berdasarkan pancaindera kita. STRING TERBUKA MERUPAKAN DAYA ATAU TENAGA. Contohnya daya elektromagnet dan tenaga haba. Ia tertambat pada membran jadi ia dapat dikesan di alam 3 dimensi ruang kita.

Tetapi ada entiti lain yang tidak tertambat pada membran. Ia adalah entiti string tertutup. Apabila string tertutup (bayangkan satu gelang getah) ia tidak mempunyai hujung-hujung yang dapat ditambat pada membran, jadi ia akan bebas melayang-layang malah boleh hinggap (singgah) antara membran-membran lain (parallel universe). JADI ENTITI JENIS INI ADALAH GHAIB DARI PENGETAHUAN DERIA KITA.  
Salah satunya ialah Graviton. Hanya inilah sahaja entiti string tertutup (ghaib) yang dapat diketahui oleh dunia Fizik setakat ini. Dengan sifat graviton yang bebas itu maka daya graviti sesungguhnya sangat kuat, bahkan mungkin sama kuatnya dengan daya electromagnetik. Ia nampak lemah kerana sebahagian kekuatan daya graviti mampu menyeberang ke brane lainnya dengan bebas.

Graviton adalah satu-satunya partikel setakat ini yang diyakini bebas bergerak menyeberang ke membrane lainnya. Daya lainnya tidak mampu meninggalkan suatu membrane. Kita tidak dapat melihat alam brane lain atau parallel universe kerana cahaya tidak dapat keluar dari membrane. Daya nuklear kuat, daya nuklear lemah, electromagnetik dan cahaya terperangkap di dalam sebuah membrane. SEBAB ITU KITA DAPAT MELIHAT CAHAYA, KERANA CAHAYA ADALAH STRING TERBUKA. JADI IA TERTAMBAT PADA MEMBRAN.

Graviton tadi bukanlah kepunyaan dunia 3 dimensi kita. Malah graviton dapat muncul pada dimensi yang lain. Bagaimana graviton membuatkan sesuatu itu lenyap dari dimensi kita? Atau soalan yang lebih liar lagi BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN DAPAT LENYAP DARI PANDANGAN KITA?

Sumber - http://lifexponent.blogspot.com/2010/06/sintesis-7-pertalian-alam.html

No comments: