Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

...SEPERTI TONG SAMPAH

Kedudukan tong sampah di rumah adalah di tempat yang tersisih dan tersorok dari pandangan, laluan atau lintasan kita. Bila tidak sukakan seseorang atas sesuatu sebab, kita sebenarnya telah membuat kesilapan besar apabila membuatnya seperti tong sampah. Segala perkara buruk, busuk atau negatif dilonggokkan di dalamnya sebelum diusir keluar. Cara dilonggokpun boleh jadi kasar seperti di baling, dilontar, dihenyak dan sebagainya.

Manusia bukanlah sama seperti objek yang tidak bernyawa. Semua dijadikan oleh Allah dengan akal serta naluri yang berbagai. Dalam diri setiap individu, bukannya semua unsur dirinya merupakan kejahatan. Tentu ada sesuatu kebaikan padanya. Kalau kita tidak nampak kebaikan tersebut, yang silap adalah kita, bukannya dia. Kalau dia membuat satu kesilapan, sangat tidak adil untuk kita menghukum bersalah ke atas seluruh dirinya, apatah lagi mensisihnya dari kehidupan kita.

Terjadi juga kesilapan apabila kita membuat andaian yang tidak tepat atau salah sangka mengenai kesilapan seseorang.  Lain yang terjadi, lain pula kesimpulan yang dibuat, apatah lagi jika dihebahkan kepada orang lain atau seluruh dunia. Kita telah melakukan penganiayaan kepadanya akibat salah sangka tersebut serta memfitnanya kerana  menyebar hal yang tidak betul.

Memohon maaf dan memberi kemaafan adalah perkara sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika kedudukan diri yang tinggi dalam masyarakat, tetapi andai ini dapat dilakukan, kita sebenarnya telah mengubat satu penyakit jiwa iaitu hati kerana dialah punca segala perkara. Bila hati diubati, tidak akan timbul gejala menjadikan orang lain seperti tong sampah...melonggok segala perkara buruk dan busuk untuk diusir.

Sunday, April 13, 2014

SELARI DAN TEGAK


Dalam semua cabang ilmu sains teknologi, kita belajar tentang garis selari dan tegak. Rumus-rumusnya dipelajari  dalam Matematik. Keseimbangan daya-dayanya dipelajari dalan Fizik. Bahan dan binaannya dipelajari dalam kejuruteraan. Semua cabang ini berkait rapat dalam kehidupan manusia.

Apakah dia garis selari? Bahasa mudahnya ialah garis-garis yang jarak antara satu dengan yang lain sentiasa sama walau kedudukannya berbeza. Contohnya ialah rel keretapi. Kalau tidak selari, maka keretapi akan tergelincir. Garis tegak pula dibina dengan mengukur sudut 90 darjah  antara dua garis. Contohnya ialah binaan tiang di atas tanah.

Kedua-duanya memberi kecantikan dalam keseimbangan alam kehidupan kita. Apabila ukuran tepat diperkukuh dalam binaan untuk kegunaan, maka kehidupan menjadi selesa dan kita menjadi lebih yakin. Semua terjadi dengan izin Allah. Begitu juga dengan binaan peralatan tahap sederhana, mikro dan nano.

Apakah analoginya dalam kehidupan sosial manusia? Manusia dijadikan sama atau selari di sisi Allah dari segi struktur, fungsi dan tujuan diwujudkan di alam ini. Keperluan, permasalahan, tujuan hidup boleh jadi serupa samada sama atau berbeza bangsa, agama, budaya dan sebagainya. Cerita kehidupann juga boleh jadi serupa di ruang litup kehidupan yang sama atau berbeza. Itulah kepelbagaian yang menjadikan kehidupan ini menarik. Walau bagaimanapun, tindakan boleh jadi berbeza, ibarat dua garis tegak iaitu berlainan arah akibat pemikiran yang berbeza.

Apabila suatu hal diperkatakan, orang lain yang tidak bersama tidak perlu merasa diperli, disindir kerana tidak dirujuk dengan tepat. Persoalan yang sama dengan masalah kita, itulah keselariannya yang terjadi . Ambillah langkah yang sesuai jika merasa perlu bertindak. Salah sangka bukanlah pemikiran tepat kerana tindakan seterusnya boleh terjurus kepada langkah negatif. Menyempitkan fikiran kepada persoalan seperti ini merugikan.

Tindakan bertentangan yang diambil oleh individu beranalog dengan kewujudan dua garis tegak yang arahnya tidak sama antara satu sama lain. Kebebasan hidup membolehkan ini terjadi, dengan izin Allah. Kita bebas membuat apa sahaja tetapi positif atau negatifnya bergantung kepada sejauh mana penggunaan akal yang dibatasi dengan peraturan hidup dari segi agama, etika, budaya dan amalan sendiri.

Langkah adalah positif jika kesannya mendekatkan diri kepada Allah dan membina serta merapatkan silaturrahim sesama manusia.  Itulah peranan ilmu yang dipelajari untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan supaya merasai keselesaan hidup yang hanya sementara ini.

Friday, September 13, 2013

Fitnah Di Alam Siber : Penghakiman
Hakim berkata "....mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang bermaharajalela di alam siber, bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau ‘anonymity’ untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka".

"... mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan ‘social fabric’ masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara".

"... “Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini".

"... Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui ‘footprint’ yang beliau tinggalkan di alam siber,” tegasnya.

Pengajarannya : Fikir-fikirkanlah apabila mahu "membaling batu sembunyi tangan" , ada orang yang cedera terkena batu itu sedangkan dia tidak sepatutnya dibaling batu.

Friday, June 21, 2013

PERHIMPUNAN HARAM....TINGGALKANLAH YANG BURUK

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menegaskan 
"umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian seseorang melalui rusuhan jalanan......"

Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, 
"...selain solat hajat umat Islam juga digalakkan berdoa supaya Allah menggagalkan segala perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan huru-hara melalui perhimpunan haram itu. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri mewajibkan umat Islam untuk menyokong serta patuh kepada pemerintah Islam sedia ada. Kalau pemerintah tidak baik sekalipun, dalam Islam ada etika atau adab yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu dengan menasihati bukannya dengan berdemonstrasi. Saya menyeru kepada semua umat Islam tidak menyertai perhimpunan tersebut dan sebaliknya bersama-sama kita mendoakan supaya kesejahteraan serta keamanan dinikmati sekarang tidak tergugat...".

Ikutlah nasihat yang baik, tinggalkanlah perbuatan yang merosakkan diri.

Friday, June 14, 2013

ITULAH SEBABNYA.....

Hari ini saya terbaca kisah ini dan kongsikan di sini
"Wanita Diragut Secara Terang-Terangan
SEORANG wanita di China hanya mampu terbaring dan terduduk ketika dirinya diragut oleh dua orang lelaki di sebuah perhentian bas.Ternyata, kedua-dua peragut itu berani melakukan tindakan terkutuk itu secara terang-terangan di hadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan awam tersebut. 

Kejadian itu telah berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan berhampiran. Melalui video itu juga menunjukkan orang awam yang berada di tempat kejadian pun seakan tidak menghiraukan insiden yang berlaku atau pun mereka enggan masuk campur kerana dikhuatiri diri mereka akan diapa-apakan oleh peragut tersebut...."

Sifat-sifat seperti inilah menyebabkan pihak berkuasanya membuat peraturan dan hukuman yang berat kepada penjenayah negaranya. Kalau orang di sini pun ikut perangai begitu, pihak berkuasa di sini perlulah lebih tegas dan berbuat seperti pihak berkuasa di sana.

Thursday, June 6, 2013

PERKONGSIAN MUHASABAH DIRI

Tentang larangan buruk sangka
Saya ingin berkongsi mengenainya yang dipetik dari http://addienblog.blogspot.com/2012/03/larangan-buruk-sangka-dan-mencari-cari.html

Di antara larangannya ialah
1. Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

2. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

3.Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata :  
“Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.  (Tahdzib At-Tahdzib) 

4.Disebutkan bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata : 
 “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”.  [kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) ] 

5.Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata:
Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:
“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]

INTELEKKAH KITA...

Intelekkah kita
...andai mengamalkan sikap baling batu sembunyi tangan untuk memberitahu dunia berlakunya perkara yang perlu diambil tindakan? Orang yang tidak pergi sekolahpun boleh berbuat demikian.

Intelekkah kita
...andai sengaja mengamal keadaan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul untuk membetulkan situasi yang sedang berlaku? Robotpun boleh berbuat demikian andai telah diprogram untuk mengesan kesilapan.

Intelekkah kita
...andai asyik melihat kuman di seberang laut dan membiarkan gajah di depan mata tanpa sebarang tindakan yang wajar? Segala sumber akan terbazir kerana tidak dimanfaat secara tepat dan pantas.

Seorang intelek seharusnya berfikiran terbuka, tinggi integriti dan akauntabilitinya serta sentiasa menyedari dan peka tanggungjawabnya sebagai  khalifah di bumi Allah ini kerana segalanya akan dipersoalkan nanti...

Wednesday, June 5, 2013

LIDAH DAN JARI TANGAN

Dari blog http://bicarasantai.com/2013/03/02/jagalah_lidah_mu/ ini saya ketemui hadis nabi tentang lidah: Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam”. (Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaih)
Seterusnya, Rasulullah SAW  ada  berpesan kepada Sayyidina Ali  yang bermaksud :

“Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)”.
Apakah agaknya status umpat keji, fitnah dan caci maki di laman sosial internet di mana lidah tidak berkata tetapi sebaliknya jari-jari tangan menulis segala-galanya??!!.... Saya tidak berani komen apa-apa tetapi tulisan tersebut sudah cukup untuk menyakiti hati orang lain kerana ia disebar ke seluruh dunia dengan begitu pantas dan mempengaruhi minda pihak lain.

Bila laman sosial dipenuhi kata-mengata, umpat-keji  serta jajaan fitnah, eloklah para ulama kita berbuat sesuatu supaya ini dapat dicegah dari berterusan. Intelekkah kita kalau membiarkan fitnah berterusan, malah terlibat sama dalam penyibarannya???

Tuesday, May 28, 2013

TENTANG FITNAH....

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP, makna fitnah adalah 
"tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri."

Apa sahaja yang berkaitan dengan fitnah seperti sampai-menyampai atau sebar-menyebar, menokok tambah, mengaibkan mangsa dan sebagainya adalah bersubahat dengannya. Ada pihak mengatakan perbuatan itu lebih kejam dari membunuh. Balasannya kelak tentu teramat sakit.

Satu ayat fitnah dari seorang pemfitnah mampu disibarkan ke seluruh dunia dengan sekelip mata dengan bantuan alat teknologi terkini yang canggih dan pantas di hujung jari. Ibarat kepantasan halaju cahaya yang bergerak di vakum, mungkin setimbun itulah dosa yang terhimpun untuk dihisab nanti.

Tiada gunanya fitnah kalau kedamaian yang dicari.....
Tiada faedahnya fitnah kalau syurga diimpi.....
Yang jelasnya penglibatannya sama berat dengan pembuatnya....