Thursday, September 24, 2009

AIDILFITRI 2009

Kepada pembaca yang masih meraikan Aidilfitri, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hariraya, maaf zahir batin. Saya doakan semoga semuanya diberkati Allah, berada dalam keadaan sejahtera.

Dalam merayakan hari yang berbahagia ini, sebaiknya hubungan yang renggang dapat dirapatkan, kekeruhan yang wujud dapat dijernihkan dan perasaan yang saling curiga-mencurigai dapat diikhlaskan demi sebuah kelangsungan kehidupan yang harmoni. Keharmonian dalam kehidupan seharusnya diwariskan kepada anak-anak supaya mereka akan menjadi insan yang sejahtera untuk berbakti, mengenang budi dan menghargai diri dan orang lain.

Melalui entri ini saya ingin menzahirkan trend semasa yang tidak sedap dipandang mata. Kalau diperhatikan tentang pakaian menyambut lebaran kali ini nampaknya fabrik yang digunakan semakin nipis dan jarang. Pengguna tidak bersalah dalam pasaran pakaian yang meluas ini tetapi sebenarnya mereka masih ada pilihan untuk memilih fabrik yang lebih tebal dan selesa. Sebagai penganut Islam hal ini perlulah diteliti supaya kita tidak meneruskan kecuaian ini dalam etika berpakaian.

Pemilihan pakaian amat bergantung kepada  individu untuk kelihatan lebih anggun. Satu perkara yang membuat seseorang lupa ialah keinginan untuk kelihatan anggun  boleh melekakan mereka dari landasan yang sebenar. Dan sebenarnya seseorang itu tetap anggun  kalau sentiasa mengenakan pakaian sopan yang sedap di pandang mata.

4 comments:

kembara kelana said...

aku mintak maaf jugak mah...

Citera Alam said...

Sama-samalah kita bermaafan ya !

bong said...

Fabrik nipis biasanya digunakan isteri dalam bilik tidur suami je tapi sekarang penggunaannya berleluasa satu kemajuan yang tidak bermoral

Citera Alam said...

Sama-samalah kita pesan-memesan kepada orang sekeliling supaya tidak mengikut trend yang kurang sesuai .