Dalam pengamatan saya, individu yang berjaya tidak mudah menyalahkan orang lain atas sesuatu kekurangan atau kesilapan yang berlaku ke atas diri sendiri. Dia akan mengkaji punca masalah dan mengatasinya hingga berjaya. Individu yang kurang berjaya pula sering mencari alasan ke atas kekurangan diri dengan menyalahkan orang lain di atas apa yang telah berlaku.
Menyalahkan orang lain sebenarnya hanya membazir waktu dan menutup ruang penyelesaian ke arah kejayaan. Satu perkara yang sering terjadi ialah dalam mengungkap kesalahan orang lain itu, ia dizahirkan dengan penuh emosi dan kata-kata yang tajam serta kurang menyenangkan. Agaknya ini sahaja cara untuk memuaskan hati individu terbabit.
Kita perlu berhati-hati apabila menyalahkan orang lain. Apa yang kita tidak mahu ialah jika terbukti memang diri sendiri yang bersalah atau bermasalah, ini akan memalukan diri sendiri untuk jangka masa yang panjang. Mana hendak diletak muka dan maruah? Ada baiknya jika bersabar, berbincang, bermuhasabah diri mencari penyelesaian. Allah akan membantu hambaNya yang dalam kesusahan.
Dalam hal ini, ada baiknya jika ikut nasihat orang tua yang mengatakan ikut rasa binasa , ikut hati mati. Sabar adalah sebahagian daripada iman. Olehitu elakkan diri daripada betindak melulu. Nanti malu.
3 comments:
mah..balik pontian tak mah..lalu muar singgahlah rumah
Raya thn ni kami kat KK . Dah lama tak beraya kat sini . Selamat hariraya , maaf zahir batin .
selamat hari raya mah dan maaf zahir dan bathin juga buat kau sekeluarga
Post a Comment