Tuesday, December 22, 2009

Telor

TELUR OH TELUR....

.....yang kerap ditemui......
Semasa belajar di sekolah menengah berasrama penuh selama tujuh tahun dahulu , setiap minggu kami  bersarapan  telur dengan roti . Kami  makan  telur separuh masak atau  telur rebus biasa .

Semasa saya diterima masuk maktab perguruan dan tinggal  selama tiga minggu di asramanya ,  menu sarapan paginya adalah telur dengan roti  juga . Saya tidak pernah gagal memakannya . Rezeki tidak boleh dibazirkan .

Setelah  tiga minggu berada di maktab perguruan saya akhirnya   diterima masuk ke universiti  serta  tinggal di kolej kediamannya . Menu sarapan paginya juga telur dengan roti . Saya tetap  makan sarapan tersebut .

Semasa menghadiri kenduri di mana-mana dari kecil sehingga dewasa , saya selalu dapat bunga telur sebagai cenderahati tradisi . Telur tersebut tidak pernah dibuang . Saya setia memakannya .

Suatu hari saya diberitahu telur tidak baik untuk kesihatan . Saya tidak ambil kisah alasannya sebab dalam kotak fikiran ini terbayang tentang ribuan telur yang telah dimakan . Adakah ini bermakna kesihatan saya tidak baik ? Hanya Allah  Maha Mengetahui ......

3 comments:

bong said...

Citra Alam, lama tak masuk rmh kau,aku ingat juga kursus pertama aku di BTN Telok Kalong, Dungun, Trengganu aku diberi sebiji telor mentah untuk dijaga supaya tidakpecah sepanjang kursus selam 5 hari. Malangnya hari ke 2 telor yg diamanah kpd aku untuk dijaga telah pecah. Ianya digantikan dengan sebiji batu bata. Aku mula mengusung batu bata itu ke sana ke sini menggantikan telor.

Citera Alam said...

Bong , yang itupun aku kena jugak kat BTN Gunung Raya , Langkawi . Letih , tapi last2 seronok jugak . Tak ada pulak hal2 injek politik BN kat kursus tu , macam mana depa kata peserta di BN kan ? Yg kami kena brainwash ialah sikap alpa kita terhadap negara dan anak bangsa Malaysia . Menitis air mata dibuatnya . Lepas tu aku tak nak leceh2 buat kerja , berdosa .....

bong said...

Betul apa yg kau katakan, setakat ni aku dah 3x ikuti kursus BTN, memang tiada unsur politik, yg ada adalah sikap kita anak bangsa.Yg penting kesedaran kita dan khidmat kita untuk meneruskannya apa yg tlh diperjuangkan oleh bangsa.