Wednesday, December 2, 2009

HUTANG SEPATAH

X bertanya  A . Tiba-tiba  A mengeluarkan perkataan  yang menyakitkan hatinya   tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh X . Sejak itu X  membuat  A seperti tunggul kayu .

Y mencadangan penyelesaian kepada B tentang masalah mereka . Tiba-tiba B mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hatinya  tanpa merespons cadangan itu . Sejak itu Y membuat B seperti tunggul kayu .

Z menasihatkan C dalam membuat keputusan . Tiba-tiba C mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hatinya tanpa memberi penjelasan .  Sejak itu Z membuat C seperti tunggul kayu .

Salah siapa ? Orang tua-tua sudah berpesan " kerana mulut badan binasa " . Sepatah perkataan yang menyakitkan hati sudah boleh membuatkan seseorang menjadikannya tunggul kayu . Itulah hutang sepatah .

Kalau berpatah-patah pula perkataan yang menyakitkan hati , apakah yang boleh terjadi ? Sensitiviti manusia tidak serupa . Ada akal , fikirlah baik-baik . Tuhan boleh turunkan balasan tidak kira nanti-nanti . Tunai ........

1 comment:

kembara kelana said...

lidah memang darsyat peranannya limah