CATATAN (11) PERCUTIAN DI LANGKAWI 2009
BERIHAT DI TAMAN GEOPARK
Sebelum berangkat pulang , kami ke Taman Geopark di kaki Gunung Mat Cincang . Oleh kerana masih awal lagi , pengunjungnya tidak ramai . Kami tidak bercadang untuk menaiki kereta kabel , hanya berpusing keliling di situ dan berihat di pondok yang disediakan .
melintasi jambatandi pulau ini
Bangunan yang dilalui dalam perjalanan
Berihat di tepi tasik di taman ini
bangunan di tepi tasik
Bangunan yang terdapat di taman ini
Terdapat premis perniagaan di sekitarnya yang menjual berbagai barangan cenderahati . Produk tempatan yang dijual di sini saya dapati harganya berpatutan .
Selepas itu kami beredar ke Jeti Kuah untuk memulangkan kereta Proton Iswara yang disewa serta membeli tiket feri ke Kuala Perlis . Alhamdulillah , perjalanan pulang adalah lancar sebab kami tidak perlu menunggu lama menaiki feri jam 12.30 tengahari .
Sebaik tiba di Jeti Kuala Perlis , terus mengambil Nazaria kami di stornya dan berangkat pulang ke Kuala Kangsar . Anak-anak meminta kami bercuti ke sana lagi pada Disember 2010 nanti . Insyaallah .......
No comments:
Post a Comment