Gambar Hiasan: Masjid di Bandar Baru, Kedah
Pembinaan masjid di sesuatu kariah adalah perlu oleh kerajaan bagi menunaikan kewajipannya terhadap agama dan memenuhi keperluan rakyat.
Kewujudan masjid boleh mengingatkan kita tentang tanggungjawab dalam kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat. Aktiviti yang dijalankan boleh meningkatkan kesedaran kita terhadap kewajipan diri.
Seharusnya tidak wujud soal "siapa lebih Islam" sebab Allah penentu segalanya. Apa yang penting ialah kita berusaha mempraktikkan yang terbaik untuk umat Islam serta mengajak ke arah kebenaran.
Kita tidak mahu di rumah Allah ada berlaku pecah-belah penganutnya. Mendabik dada dan mengatakan diri terbaik adalah "riak" yang dilarang. Dakwah seharusnya dilakukan secara terbaik dan terhemah.
Dakwah terbaik adalah model diri terbaik seperti yang dipraktikkan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa dan sentiasa berdakwah penuh hemah, dalam ertikata lain Baginda sentiasa "Cakap Serupa Bikin". Tirulah sepertinya......
No comments:
Post a Comment