Sebelah sana mulut harimau , sebelah sini mulut buaya .......Dua-dua belah tidak selamat . Duduklah dia di atas pagar menanti waktu yang sesuai .Dia melompat apabila mulut-mulut itu tertutup rapat.
Sebelah sana mengata-mencerca , sebelah sini membuat dosa .....Dua-dua belah tidak boleh diikut . Duduklah dia di atas pagar mencari kebenaran dan menjalani kehidupan yang lebih diyakininya .
Sebelah sana cakap tak serupa bikin , sebelah sini bikin tak serupa cakap .......Dua-dua belah membuat maksiat . Duduklah dia di atas pagar melaksana tanggungjawabnya untuk alam dan manusia .
Tuhan memberi akal untuk berfikir dan memilih kehidupan yang benar . Kalau hendak berpaut janganlah di dahan yang reput supaya tidak terjadi "harapkan sokong , sokong membawa rebah " .
Kehidupan ini terdapat berbagai jenis spesis dan entiti . Seeloknya janganlah dipercayai sembarangan terhadap semua itu selain Allah kerana Dia Maha Berkuasa . Yang benar tetap benar dan sebaliknya .
No comments:
Post a Comment