Friday, October 23, 2009

GARAM DAN LANGAU

Pesan orang tua " Jadilah garam yang boleh mengawit ikan supaya ikan tidak busuk . Ikan yang sudah diawit boleh disimpan lama dan boleh dimakan kemudiannya ".

Pesan orang tua lagi " Kalau tidak berupaya jadi garam , jangan pula jadi langau . Apabila langau menghurung ikan , ikan akan busuk dengan cepat dan tidak boleh disimpan lama ".

Kita akan menghadapi masalah kalau langau lebih banyak daripada garam . Setelah ikan menjadi busuk dan tidak boleh dimakan , langau mencari ikan lain pula untuk mengulangi habit kehidupannya . 

Sebagai manusia yang berakal , kita patut hapuskan langau itu . Sembur sajalah langau itu dengan racun serangga . Kalau tidak dapat sembur dengan racun serangga , ikan itu patut disimpan di dalam peti sejuk . Langau sepatutnya tidak diberi peluang menghurung ikan supaya ikan tidak cepat busuk .

8 comments:

bong said...

Citera Alam, langau adalah mahluk perosak, kita kena hapuskan semua keturunannya.Jangan biarkan dia menganggu kita.

kembara kelana said...

aku tak setuju
langau perlu dalam rantai kehidupan ini, jika tak banyak bangkai bersepah dimuka bumi ini dan tidak diuraikan...apa yang alimah maksudkan ialah tentang tabiatnya bukan langaunya

Citera Alam said...

Langau kat ikan kita ajerlah patut dihapuskan . Langau2 lain tak payah diusik selagi tak ganggu kita . Begitulah hakikat hidup kita , kalau ada perosak , ketepikanlah supaya kita tidak mengikut jejaknya .

kembara kelana said...

langau jugak di personifikasikan sebagai org lelaki yang selalu mengorat perempuan cantik...yang ni camana mah, nak kena hapus kan jugak ke? macam ramai orang mengurat saadiah kelas aku dulu? sampai cikgu pun jadi macam langau jugak..kalau kau kata hapus...aku tau sapa...biar aku hapuskan...

Citera Alam said...

Setakat ngorat ajer tak apa , Sop . Tidaklah sampai merosakkan samada dari segi mental , fizikal , reputasi dsb . Nature lelaki memang gitu , termasuklah awak , betul tak ? Yg itu semua orang faham . Jgn diapa2kannya .

mohdkhirmatnor said...

kawan2,
sebut nama saadiah. dia ada sms minta maaf dari kawan2 kerana akan menunaikan hj pd 27hb ni.

bong said...

Mat Khir aku betulkan dia bertolak menunaikan haji hari esok 25.10.2009
Usop aku tak mau komen
Alimah kau dengar le chong Usop.Nanti aku belasah dia

Citera Alam said...

Kata P. Ramli dlm lagunya "barang yg lepas janganlah dikenang , kalau dikenang merosak diri ...." Ingat tu ! Tak baik awak kenang2 Sop . Marah Bong nanti . Saya dlm M2 tak tau hal rumahtangga M1 , dengar2 ajer tapi tak dikisahkan . Lupakanlah .