Hari ini bermula peperiksaan akhir tahun tingkatan 6 Rendah . Tahun ini saya tidak mengajar kelas 6 Rendah . Saya hanya terlibat dengan kelas 6 Atas dan tingkatan 5 .
Awal pagi lagi saya sudah mendapat relief kelas 6R3 dari pukul 7.40 hingga 9.00 pagi . Peperiksaan bermula pada jam 8.00 . Saya pun ke kelas tersebut dengan membawa soalan Pengajian Am 1 serta jadual peperiksaan pindaan .
Sebelum bermula saya meminta pelajar memusingkan meja dan meletakkan semua beg dan buku rujukan di depan dan belakang kelas . Tepat pukul 8.00 pagi peperiksaan pun dimulakan . Belum pun setengah jam saya rasa rimas lalu pergi ke pintu . Kipas angin hanya sebuah sahaja yang ada .
Pada ketika itulah saya berfikir "bagaimanalah kawan-kawan saya mengajar dalam keadaan seperti itu pada setiap hari ... kepanasan ...? Saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang menggunakan makmal setiap waktu pengajaran . Kipas angin mencukupi dan tiada masalah kerimasan begini .
Lalu saya melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Yang Maha Esa ke atas apa yang saya terima . Beginilah resam manusia , bersyukur hanya setelah merasai ketidakselesaan orang lain . Saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari kelemahan ......
Semoga keadaan ini akan berubah untuk mereka merasa lebih selesa . Kalaulah saya boleh ...........
No comments:
Post a Comment