Bila ada jamuan di sana sini , hidangan disiapkan secara buffet . Tetamu akan mengambil sendiri menu tersedia yang disukai pada kuantiti yang dirasa . Ini boleh diperhatikan samada bersarapan pagi di hotel , jamuan hari terbuka , kenduri-kendara dan sebagainya .
Mengadakan jamuan secara buffet ini ada kelebihannya . Ia memudahkan pengusaha mengendalikan majlis makan itu . Tetamu pula mempunyai lebih kebebasan dari segi masa makan dan pilihan menu yang disediakan , Tetamu juga selesa bertukar tempat duduk makannya jika perlu .
Namun satu perkara yang tidak manis dipandang , lebih-lebih lagi bagi orang yang beragama Islam ialah pembaziran dari cara ini . Pengambilan makanan secara berlebihan tetapi tidak dihabiskan tidak patut berlaku . Ambillah makanan itu pada kuantiti yang berpatutan , Selepas itu jika rasa terkurang , tambahlah lagi nanti .
Tetamu tidak harus rasa malu untuk menambah makanannya kemudian tetapi patut rasa bersalah jika makanan tidak dihabiskan kerana terlalu banyak . Inilah pembaziran . Membazir adalah teman syaitan . Sebaik mungkin elakkanlah .
No comments:
Post a Comment