Friday, August 7, 2009

ANUGERAH DARI KEGAGALAN

Semua orang akan sedih bila mengalami kegagalan. Bersedihlah, luahkanlah perasaan itu sehabis-habisnya supaya tidak berbuku di hati. Selepas itu perlulah ada muhasabah diri. Level inilah yang paling mustahak bagi meneruskan kesinambungan perjuangan diri . Anugerah dari kegagalan..... Itulah yang menjadikan seseorang lebih berjaya dari masa-masa lampau. 

Kegagalan mengajar kita untuk lebih tabah, memahami hati dan perasaan sendiri dan lebih fokus apa yang dibuat. Yang paling penting menjadikan kita tidak ego serta kita menjadi lebih menginsafi kejadian Tuhan. Tuhan mahukan kita redha serta bersyukur di atas segala yang terjadi. Moga dengan ini keimanan akan lebih kukuh .

4 comments:

kembara kelana said...

kalau gitu kau kena hadir reunion mah pada 2011, jangan tak hadir, kalau tak nanti tak match dengan apa yang kau tulis tu...aku dan kawan kawan harap benar kau hadir, reunion kecik ialah pada hari perkahwinan anak fatimah kat tanjung malim..

Citera Alam said...

Insyallah , kalau tak ada rintangan saya akan ke sana juga bersama suami .

kembara kelana said...

saja jer mah...dah tua tua ni nak jumpa mintak maaf..kau dengar tu fatie...alimah nak datang tuu

fati said...

Sorry Mah, baru berani bukak blog awak hari ni...sebab bila buka tengok ada 'penghalang' kat muka depan tu..ingat kan private tak berani nak masuk, rupanya boleh masuk ....
Insya Allah fati akan jemput semua kekawan kita datang ke majlis perkahwinan along dec nnt, insya Allah, so tarikh 1312 tu kena 'block' lah Imah ek....