Tuesday, September 28, 2010

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN

Dialog I : " Saya tak makan sayur kangkung ni . Kat kampung saya , cuma kambing yang memakannya " .
Dialog II : " Apa sangatlah sayur nangka muda ni . Kat tempat saya , ia diberi kepada itik " .
Dialog III : " Sayur kangkung dan nangka muda .... sedap juga dimakan bersama sayuran  lain dalam pecal " .

Itulah kehidupan  manusia , meletakkan sesuatu  pada nilai yang berbeza . Tiada salahnya segala perbezaan ini sebab ia merupakan hak individu dalam kehidupan . Seseorang tidak boleh memaksakan orang lain menilai sesuatu dengan cara yang serupa dengannya , sebaliknya harus dihormati perbezaan itu demi menjamin kehidupan yang harmoni .

Bagi mereka yang menghargai kehidupan  , segala perbezaan  adalah satu keunikan dan keindahan yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata dan perbuatan . Ia boleh mendekatkan lagi diri kita kepada pencipta kehidupan yang Maha Berkuasa . Golongan inilah yang boleh menerima segala perbezaan dengan redha dan menghargainya demi ketaqwaan kepadaNya .

Walau bagaimanapun , hanya orang yang berilmu dan beriman sahaja dapat meletakkan semua benda pada kedudukan yang tinggi sebab Allah menjadikan segalanya dengan nilai yang tinggi . Penilaian manusia yang  tidak sempurna sering tidak dapat melihat ketinggian itu . Sebab itu kita dianjurkan agar sentiasa mencari ilmu  supaya lebih dapat  mencelikkan hati dan akal .......

No comments: