Tindakan ini amat diperlukan dalam semua situasi kehidupan , baik dalam kehidupan yang bermasalah dan sebaliknya . Ini disebabkan ia dapat memberi laluan supaya kesejahteraan manusia dapat diteruskan dan kualiti kemanusiaan dapat ditingkatkan .
Mengikut Kamus Dewan di alamat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=budi+bicara , budi bicara bermakna akal fikiran . Penggunaannya menunjukkan wujudnya amalan nilai-nilai kehidupan yang lebih tinggi dengan memandang sekeliling sesuatu yang bukan rigid , sebaliknya boleh difleksibelkan bergantung kepada keperluan terhadap sesuatu .
Semua kita memerlukan budi bicara . Namun begitu terdapat kongkongan pengamalannya seperti batasan undang-undang , kuasa eksekutif individu atau kumpulan , etika turun-temurun dan sebagainya . Dari satu sudut , batasan ini membantu dalam pengurusan komuniti jika tiada keperluan penggunaan budibicara tersebut . Namun begitu , keengganan penggunaannya dalam keadaan diperlukan menjadikan individu terbabit sama seperti robot kerana gagal menggunakan akal fikiran dalam tindakan .
Kegagalan penggunaan budi bicara boleh menjadikan kehidupan dalam komuniti kucar-kacir . Contoh dalam komuniti terkecil seperti sebuah keluarga , anak-anak boleh memberontak minta ditimbang keperluan mereka , suami boleh berlaku curang apabila keinginannya tidak diambilkira , isteri boleh bertindak samada pasif atau agresif apabila cadangan rasional tidak dianalisis dan lain-lain lagi .
Paling sering kita perhatikan bagi individu yang tidak mahu menggunakan budibicara ialah mereka akan dijauhi kerana berurusan dengannya sama seperti berurusan dengan sebuah mesin yang tidak bernyawa . Segala outputnya sama seperti yang telah diprogramkan oleh pihak yang berkepentingan terhadap mesin itu . Dalam ertikata lain , jiwanya mati .......
No comments:
Post a Comment