Wednesday, July 15, 2009

BUDIBAHASA BUDAYA KITA

Rakyat Malaysia terkenal dengan budibahasa yang tinggi dan luhur. Ini perlu diwariskan kepada generasi muda supaya mempunyai sahsiah yang mulia , menghargai dan menghormati orang lain. 

Namun begitu saya tidak berpuashati apabila ada individu yang memegang kuasa terlupa bahawa dia perlu berbudibahasa setiap masa supaya menjadi contoh kepada orang bawahannya. Ucapkanlah terima kasih sebagai penghargaan kepada anak buah sebaik mereka meletakkan jawatan, jangan dibuat mereka seperti kain buruk untuk mengelap segala tumpahan yang perlu dibersihkan dan kemudiannya dicampak begitu sahaja. 

Dalam situasi mencabar, gunakanlah bahasa tersusun yang menyejukkan jiwa yang panas, bukan memanaskan lagi jiwa yang sedang terbakar. Kenapa mesti marah-marah dan menggunakan bahasa yang tidak sedap didengar oleh halwa telinga? Kenapa merendah-rendahkan anak buah? Ini akan menjelaskan lagi kelemahan diri. 

Tidak usahlah merendah-rendahkan orang lain sebab mereka juga ada daya intelek yang perlu didengar. Usahlah dibangga kuasa yang ada tetapi manfaatkanlah ia dengan sebaiknya. Berat tanggungannya di kemudian hari nanti. Janganlah asyik nak melepaskan tanggungjawab kepada orang lain . Nenek si polan pun boleh buat begitu. 

 Satu hakikat yang perlu diterima ialah kita akan berpakaian sama bila roh bercerai dari badan...iaitu kain putih....Kita akan tinggal di apartmen yang sama iaitu....alam kubur.....Kita akan dinilai oleh pencipta yang sama iaitu....Allah....

3 comments:

NY said...

Yang jadi panas kalau ada pihak yang mencurahkan minyak ...lepas tu cucuh api....tak sempat nak usul periksa. Cukup bahaya. Yang jadi mangsa, insan-insan yang bekerja dengan ikhlas dan patuh... uhuk..uhukk...ohhh...bergenang air mata, apatah lagi jadi sasaran pagi-pagi...tak sempat nak duduk.
jiwa tak tenteram...ilmu tak cukup untuk menangani kehebatan tok-tok guru.

kembara kelana said...

biasanya mah orang yang cepat marah dan suka marah marah ialah orang yang berada dibawah kawalan hawa nafsu, maka syaitan suka sangat orang macam ni, jadi...kau ada banyak pilihan...ikut marah macam dia, diam, larikan diri atau nasihatkan dia..terserah pada keadaan kau...orang yang beriman biasanya kan tenang...

Citera Alam said...

Nazrim,
Kita boleh hilang motivasi dalaman kalau ini berlaku . Bekerja hanya mekanikal sahaja . Tapi itupun lebih baik daripada tidak buat apa-apa .

Sop,
Keimanan adalah kunci segalanya . Kalau orang marah-marah , kenalah diamkan dulu , biar dia cakap sorang-sorang supaya dia tahu perkara itu tidak rasional .Kalau dilayan ketika itu , kita serupa jadinya .